klik Nuffnang
Thursday, July 21, 2011
Rendang Hitam Daging
Semalam sibuk sikit dgn xtvt masak dan makan.......mama diminta untuk masak daging dan apam dot dot utk lunch di rumah TYT Duta sempena meraikan tetamu khas dari Msia. Masak taklah byk sgt sbb lauk-lauk lainpun ada.
Terlintas nak masak rendang hitam tak perlu santan ini sbb beberapa hari lepaspun dah masak lauk ini. Tapi mmg selalu juga buat Rendang Hitam Daging sbb bahan-bahannya ringkas dan kami sekeluarga suka....anak2pun suka masakan daging ni sbb tak pedas.
Lauk rendang hitam yang baru masak dalam periuk...
Untuk lauk Rendang Hitam Daging....masak pagi selepas subuh , manakala apam masak malam lagi. Masa masak daging ni...abg no 2 masuk dapur tanya mama masak apa sbb bau sedap.....masak daginglah bang....itulah baupun dah sedap....boleh mengamit selera.
Resepi ni pernah ada di dapur FP dulu dimana asal dari FP Madihaa@ Ratna . Terimakasih sekali lagi Ratna kongsi resepi daging yg sedap ini.
RENDANG HITAM DAGING
Sumber; FP Madihaa
Bahan2
500g daging
20 tangkai cili kering *dikisar
4 cm halia
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 batang serai di tindik
4 sudu besar kicap pekat - kicap pekat tak ada ganti 6 sb kicap cair + 1 sb sos tiram
sedikit minyak untuk menumis
1 tsb cuka
2 s/b kerisik
sedikit garam dan gula.
daun pandan untuk wangi ( jika suka )
Bahan tumis:
4 ulas bawang kecil di hiris
1 kulit kayu manis
3 tangkai bunga lawang
3 biji buah pelaga
Cara Penyediaannya
Cili kering, halia ,bawang besar dan bawang putih di kisar halus. Panaskan minyak serta tumis bawang kecil yang di hiris bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga berbau wangi. Masukan bahan kisar dan biarkan sehingga hilang bau cili,masukan daging yang telah di potong kecil dan serai.
Tambahkan sedikit air dan kicap. Tunggu sehingga daging empuk. Masukkan kerisik, cuka, gula dan garam mengikut selera.
Biarkan sehingga kuah agak pekat sedikit. Sedia di hidangkan.
nota;
oleh kerana mama hanya ada stok serai yg dikeringkan, jadi serai tersebut direndam dan blender sekali dgn bahan yg dikisar.Masak lagi lama lagi sedap dan pekat... daging akan lebih gelap.
Kalau guna serai fresh dan letak pandan lagi sedap mcm pernah buat masa dp FP dulu .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hmmm..kalau ade nasi himpit ni bes ni makan ngan rendang... :)saye suke rendang daging yg basah2 sket camni... syok di ratah.. :)
ReplyDeletealahai..terliurnya..mkn dgn nasik panas/nasi impit sdp nih..dah rasa cam nak raya ek..hehe..raya tahun ni balik tak?
ReplyDeleteAssalamualaikum Ziela
ReplyDeleteSedapnya nampak daging rendang tu...ish mkn ngan lontong sedap nie...mesti nk cuba ni...hehe...eh pinggan nur tk ada ker??
Assalam Ziela...
ReplyDeleteterima kasih ye sudi masak lagi rendang hitam tu... Ratna pun hampir2 terlupa dengan resepi yg ini.. maklumlah kan.. skrg ni byk betul resepi2 baru yg sedap2.. keinginan lebih kepada resepi2 yg baru..sbb nak merasa kelainanlah katakan.. hehe.. bila tgk Ziela masak ni.. mcm teringin nak msk juga..
salam kak ziela. t baru follow akak. sori dh lama x ty khabar akak.. wah! bila kak ratna dan kak ziela bergabung, pasti tak mengecewakan! masing2 otai! masak apa saja, sure menjadi.. bestnya!
ReplyDeletesalam kak ziela.. sedap nampak daging tu kak.. suka makan daging2 gini makan dengan roti saja pun sedap kadang kalau tak tahu nak makan apa untuk breakfast..:)
ReplyDeleteAssallamualaikum Kak.. Naz dtg nk tolong ni..tolong makan..hehehe... Shedapnya...gulp...
ReplyDeletesedapnya kak...cicah roti pun sedap ni..:)
ReplyDeletenampak sedap ler daging tu.. nak cuba gak nie.. masuk list dulu.. wah dah panjang dah nie.. heheh
ReplyDeletesalam mamasya...saya mtk izin copy resepi rendang ni..saya copy ngn gmbar skali simpan dlm buku..nnt rajin nk try wat..haha..sbb rajin hanya dtg 2 3kali jer stahun..bolih ye amik resepi ni..copy gmbar nk bg smangat sket
ReplyDeleteSalam.silakan mencuba resepi yg berkenan dihati...boleh copy yg mana nak. utk gambar aja yg akk tak bagi copy tanpa izin tp kalau utk rujukan sendiri dan tak dipublishkan semula di blog/FB tak mengapa copy.
Deletesalam mamasya..saya pun nk minta izin copy resepi masakan akak ni..terliur tgk gambar2 kt atas tu..bile scroll ke atas,tgk dilarang copy sama sekali..hrp akak benarkan la ek..teringin nk cuba.hrpnya menjadi la mcm akak buat..
ReplyDeleteTQ..-Ros.
Salam Anon.silakan mencuba resepi yg berkenan dihati...boleh copy resepi yg mana nak. utk gambar aja yg akk tak bagi copy tanpa izin tp kalau utk rujukan sendiri dan tak dipublishkan semula di blog/FB tak mengapa copy.
Delete