A)Majlis Jamuan Ramah Mesra di rumah TYT Duta M'sia
Seperti yg diciterkan dalam entry sebelum ini yg mama ditugaskan dgn rakan2 di sini untuk masak bihun dan ada yg ditugaskan masak makanan lain sempena Majlis Jamuan Ramah Mesra di rumah TYT Duta M'sia bersama tetamu istimewa...inilah tetamu istimewa yang diraikan iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia,Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah.
Tun Dr Mahathir Mohamed dan isteri Tun Dr. Siti Hasmah berkunjung ke Kaherah atas jemputan Universiti Al-Azhar. Manakala majlis ini diadakan di rumah TYT Duta M'sia berlangsung sebelah ptg pada 29 Jun 2011 yg lalu. Hadirin yg hadir diberi peluang beramah mesra dengan Tun Mahathir Mohamed semasa sesi soaljawap.
Bergambar bersama-sama pegawai dan pelajar M'sia yang berada di Mesir
Satu pengalaman yg menarik buat mama kerana berpeluang melihat sendiri pemimpin terkenal yg dikagumi ramai Tun Dr Mahathir Mohamed Dan Tun Dr. Siti Hasmah secara dkt..kalau sebelum ni hanya dpt tengok kat tv.
B)Program Morning Coffee bersama Tun Dr. Siti Hasmah .
Manakala pagi keesokannya, pada 30 Jun 2011 ada sesi morning coffee bersama Tun Dr. Siti Hasmah di Hotel Four Season, Cairo. Peluang yg baik ini mama tak lepaskan kerana dapat bersua muka dengan Tun Dr. Siti Hasmah....satu pengalaman paling manis....
Sepanjang sesi ini Tun Dr. Siti Hasmah yg cukup mesra orangnya tidak lokek menceritakan pengalaman beliau untuk dikongsi bersama. Tidak terasa 2 jam telah berlalu....
Gambar kenangan beramai-ramai bersama Tun Dr. Siti Hasmah
Isteri Duta M'sia ke Mesir, merangkap Pengerusi PERWAKILAN Datin Zaharah bersama Tun Dr. Siti Hasmah
Sesi ramah mesra dengan Tun Dr. Siti Hasmah
Sesi mempekenalkan diri kepada Tun Dr. Siti Hasmah
Penyampaian cenderahati kepada Tun Dr. Siti Hasmah
Acara tamat dgn minum pagi....
C) Forum Of International Nusrah Day In Solidarity With Al-Quds And Palestine
Mama sempat juga menghadiri forum International Nusrah Day In Solidarity With Al-Quds And Palestine yg diadakan keesokan paginya . Forum yg disertai oleh Tun Dr Mahathir Mohamed serta beberapa ahli panel yg lain telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari hadirin yang hadir.
Forum ini membincangkan tentang isu Palestin. Moga negara Palestine aman damai dari pencerobohan Israel satu hari nanti.Sama-samalah kita doakan...
Setiap kali selepas Tun Dr Mahathir Mohamed memberikan ucapan, tepukan gemuruh diberikan oleh para hadirin yg hadir.
Dewan penuh dengan para hadirin yg hadir utk mengikuti forum ini.Selesai forum ini Tun Dr Mahathir Mohamed Dan Tun Dr. Siti Hasmah berangkat pulang ke Malaysia.
Assalammualaikum kak...wah bestnyer dapat jumpa Tun dan isteri tu..nieza belum berpeluang lagi nk jumpa tapi husband dah pernah jumpa masa Tun buat lawatan ke Bangladesh dulu.
ReplyDeleteakak dh join Perwakilan ke?kalau join nanti sibuk la tu...tapi seronok dapat isi masa terluang..:)
wow best la kak dpt jumpa Tun dan Dr siti hasmah live lagi, lagi best dpt chit chat ngan Dr Siti hasmah. mmg admire ngan dia sangat. :D teringin nak salam dekat2 dan cakap ngan dia. hehe...
ReplyDeletesalam bestnya dapat jumpa dr tun mahathir dan dr tun siti hasmah mata bertemu mata :))
ReplyDeletesalam mama.. seronoknye dapat jumpe ngan Tun berdua..sye salah sowang rakyat Msia yg kagun dgn ketokohan Tun Dr M....visi n misi beliau sangat2 jauh, kepimpinan beliu sgt jitu.. :)
ReplyDeletebestnya Mamasya dpt jumpa Tun dan isteri...bukan senang nak jumpa diorg ni.....pemimpin yg hebat...
ReplyDeletewow bestnya dpt jmp live dgn mantan PM ni. Sgt kagum dgn beliau.
ReplyDeletejeles lah dgn mamasya cmni..hehe.
salam ziela...seronok dpt jumpa idola...byk pengalaman manis bila berada diperantauan kan..
ReplyDeleteSalam Mamasya
ReplyDeleteseronoknye dapat jumpa dengan Tun M dan Tun Hasmah. Kite pun teringin sangat nk tengok diorang dari dekat. kagum betul dengan mereka berdua. Malaysia begitu dikagumi sejak pemerintahan Tun M, yg membawa kemakmuran dan keamanan kepada negara. Semoga Malaysia tanah air tercinta sentiasa terpelihara dari anasir2 yg tidak sihat, amin.
Ijan
Salam Mamasya,
ReplyDeleteSeronoknya dpat berjumpa mantan PM Malaysia yang masih dikagumi hingga kini, saya salah seorang yg amat meminati beliau. Memang payah mencari seorg pemimpin sepertinya. Bertuah Mamasya dapat peluang sebegini.
bestnyer...itu Mantan PM kesayangan saya tu....the only one untill now...heheheheheh
ReplyDelete