klik Nuffnang

Thursday, November 17, 2011

Karipap rangup



Assalammualaikum semua

Hari ini tayang kuih kegemaran anak-anak iaitu karipap.Anak2 cukup suka karipap....sekali mkn 2-3 biji. Masa di Msia...di Brunei, tiap2 minggu pasti belikan mereka karipap sbb mamanya malas betul nak buat.Kali akhir mengelim karipap nipun dah lupa.....sejak ada dapur siber...dlm 4 thn ni mmg tak pernah buat karipap...tak da satupun entry karipap.Bila di sini merajinkan diri membuatnya...selain utk makan-makan..bolehlah anak-anak bawa bekal ke sekolah.
Buat karipap ni awal bulan lepas lagi tp baru sampai giliran posing di blog.Berkenan nak cuba karipap ni masa Izah tayang di blognya sbb tengok resepi ringkas cara2 membuatnya. Dan yg penting mmg sedap kulitnya...rangup....setakat ini dah 5 X membuatnya...tak sempat simpan frozen lama...habis goreng dulu, itu yg ulang buat.Anak2 pula suka bila nampak mama buat karipap. Tengok ramai juga kawan2 dah mencuba karipap Tun ini. T.Kasih buat penyumbang resepi.....

DOH KARIPAP
resepi: TUN@qurrataaayun.blogspot.com copy dari Izah@izahdaut.blogspot
oleh ; Dapurmamasya

bahan2
4 c tepung
2 tbs margerin
1/2 c oil
3/4 c air
1/2 tsp garam

cara-cara:
panaskan margerin + minyak dlm periuk. tutup api.
tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk td dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nnti).
dh sejuk siket, campur garam n air.
Uli-uli.. siap! buleh wat karipap ikot suka inti apa..



dah siap kelim...tunggu utk digoreng....

Untuk inti guna resepi nasuha1523@MYR . 1 adunan kulit karipap di atas cukup2 utk 1/2 inti ni.
Bahan Inti :
500 g kentang - dipotong dadu
300 gm bawang besar - dipotong dadu
400 gm daging cincang @ daging lembu dipotong dadu kecil
Tumbuk Lumat :
½ biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
½ sd besar jintan manis
3 sudu besar (75 ml) serbuk kari
2 sudu besar minyak
½ batang besar kulit kayu manis
2 sd teh gula / secukup rasa
1 sd teh garam / secukup rasa
350 ml air

Cara-cara

Inti :
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis hingga kembang. Masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga wangi. Bila garing masukkan serbuk kari dan kacau atas api perlahan hingga bergumpal.
Masukkan daging yang telah dicuci dan gaul sebati. Masukkan garam. Kemudian, masukkan air dan biarkan mendidih hingga agak kering baru masukkan gula dan kentang.
Kacau hingga mula kering. Masukkan bawang dadu dan kacau sebentar. Angkat dan sejukkan.

tips MYR; utk elak karipap mengerutu kulitnya, jgn goreng dalam minyak yg panas sgt.Sebelum mula menggoreng,minyak dah panas...perlahankan sikit api.



anak-anak suka inti daging dgn kentang gini...



nilah peminat no 1 karipap...abg no2...minta nak jadi model karipap mama. baru masak panas2pun dia dah tak sabar nak mkn.

8 comments:

  1. menyelerakan tgk karipap ni,umah ni pun ramai peminat karipap he he

    ReplyDelete
  2. sedapnya karipap....nieza pun suka tapi malas tul nk buat tapau akaknya la skit yer..hehe

    ReplyDelete
  3. Karipap...memang kesukaan kak cek...tapi betulla..kulit karipap Tun ni memang best...dah sejuk pun tak liat...sedap je dimakan...ada lagi ke...kalau ada leh tapaukan tuk kak cek sikit..he he..:D

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..
    akak.. nani pun suka gak wat.. anak2 pula suka makan karipap.. kadang2 nani banyakkan jenis intinya.. ada yang inti sayur, ada yang inti sardin dan inti ubi.. skali wat 30 bijik sudah tentu.. tapi masak 2 kali or 3 kali lah.. ehehe..
    lama plak rasa tak buat sendiri karipap ni..

    ReplyDelete
  5. Assalam Mamasya, akak pun baru jek buat wiken baru ni, x entry2 pun lagik...adeeii...tp mmg best kan..siap tapaukan tuk family adik...sume suka kulit doh camtu... ^__^

    ReplyDelete
  6. Lama jugak x buat nih. Last buat raya haritu. Tp semua kelim guna acuan. skill mengelim tak berapa pas lagi. Hehe..

    ReplyDelete
  7. Model tu dapat royalti karipap extra lah agaknye. heheh
    Ijan

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2