klik Nuffnang

Thursday, November 24, 2011

Kuih Pau



Assalammualaikum semua..

Cuaca sejuk ni badan rasa tak sihat...batukpun masih ada. Dlm rumah semlm dah mula pasang heater...tuan rumah hantar 3 heater mobile baru...boleh tolak ke mana2 tempat....suka..senang bila sejuk, on je. Teringat masa di UK dulu sejuk2 gini dok tepi heater....panaskan kaki dan tangan bila musim winter sambil tengok tv......maklumlah masa tu anak2pun belum ada lagi...nengok tv sorang2....nak bermalas-malasan ke dapurpun tak pa...hanya kami berdua....skrg dah bertujuh mana boleh malas2 masuk dapur......
Citer masuk dapur...nak kongsi kuih pau yg dah lama buat. Kalau kuih pau....anak2 suka inti kacang... kalau inti lain mrk kurang sikit.Masa nak dtg sini tempoh hari angkutlah sikit tepung pau dan inti kacang.Kat sini tak da jual tpg pau ni.



Bila buat sendiri puas hati anak beranak mkn....boleh buat minum ptg dan sarapan.

KUIH PAU
Resepi; Fp K.Liza. (letak link lain kali sbb tak dpt link FP.)
Oleh; Dapurmamasya

bahan.
500 gm tepung pau atau tepung gandum - guna tp pau
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/b gula
2 s/k yeart mauripan
2 s/b shorterning
250 gm air suam

Cara
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]
4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan lmasukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].
7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.
8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9. Panaskan kukusan.
10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.



tunggu rehat kejap agar permukaan adunan naik sekata



hasilnya setelah masak...kurang puas hati sikit kali ni sbb nampak tak selembut yg buat dulu.resepi dah betul mungkin ada silap teknik kat mana-mana...



Ni buat dulu resepi yg sama tp nampak lagi lembut.



inti dan tpg masih ada.....bilalah nak buat lagi...

4 comments:

  1. as-salam
    uiyyooo..gebu pau..dah lama tak buat nie...

    ReplyDelete
  2. salam mama..sedapnye pau..lame x buat pau... nampak gebu jer pau ni kan...terrasa2 nk mkn pau panas2 lak tgk pic nih.. hehe...

    ReplyDelete
  3. datang awal ni..minta 10 ketul..lapar la..

    ReplyDelete
  4. assalam Mamasya
    datang lagi ni he he nampak lak pau putih gebu alahai sedapnye kan, cuti2 ni anak2 kat rumah kan jenuh gak nk fikir apa nk masakkan ..tp skrg rasa nak wat pau cam mamasya lah ...

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2