klik Nuffnang
Tuesday, November 15, 2011
Kisah Hari Raya Aidiladha (PT 2)
Assalammualaikum...
Hari ni anak2 dah mula sekolah setelah cuti raya seminggu lebih. Semua ceria nak ke sekolah....yg tak ceria Syakirah...pagi2 bad mood sbb kena tinggal abg2nya...tak da kwn di rumah. Cuaca di sini pula semakin dingin...dah masuk musim sejuk.Ptg semalam hujan lebat sekejap....jrg2 hujan di sini. Cuaca nampak panas tp berangin sejuk....anak2 ke sekolah dah mula pakai jaket sejak sebelum raya lagi.Waktu Maghribpun semakin awal, baru pukul 5 dah masuk waktu. Wpun dlm rumah....mama dgn Syakirah tak tahan sejuk mcm pasang air cond.rasanya...kena pakai stokin dan jaket.
Sambung kisah raya part 2....masih hari pertama raya, ada lagi gambar2 nak dikongsi dan buat kenang-kenangan. Kami keluar awal utk solat raya sbb ingatkan jln raya byk yg tutup atau sesak tp jln raya lengang. Suasana tempat sembahyang raya taklah semeriah hari raya Aidilfitri tp tetap ceria bila sesekali dpt berkumpul sesama Msia di sini. Pengalaman pertama kali beraya Aidiladha di sini cukup manis....dpt melihat sendiri majlis korban dan memenuhi jemputan makan-makan daging korban.....bermula makan tengah hari dan kemudian jemputan belah malamnya pada hari raya pertama. Hari raya ke 2 pula sempat pergi 4 tempat....semua makan nasi...ada nasi putih,nasi tomato dan nasi daging dan lauk korban...ada lauk biri-biri dan unta...macam2 menu masakan...kenyang betul.Masa on the way ke tempat makan yg ke 4 abg Syazrin tanya nak ke mana .....ada lagi jemputan makan nasi bang. dia cakap.. kalau mkn je susahlah dia...nanti lagi gemuk....hi...hi...tak pa bang raya Aidiladha ni sekali je setahun.
Sebelah ptg raya pertama semasa di rumah, dengar bunyi org bising ...rupanya ada org menjaja dgn van keliling kws sekitar....menjual kulit binatang sembelihan dan juga menjual biri-biri untuk buat korban.Mudah utk beli biri-biri...selain dijaja ada juga org jual biri-biri di tepi jalan di sini.
lagi gambar orang ramai berjalan ke tempat solat..
bila di perantauan...jauh dari sanak-saudara....teman2 pengganti beraya bersama...
Syakirah dg Sarah di bhg solat wanita
selepas solat, menjamu selera dg hidangan nasi tomato dan ayam masak merah
pemandangan tempat makan
abg2 menjamu selera..
Syafiq dgn kwn2
selepas makan, barulah bermula acara korban....kerbau dan 8 ekor biri2 yg
tengah melapah biri-biri..
lagi gambar melapah kerbau dan biri-biri..
potong daging bergotong royang ramai-ramai
sementara menunggu daging korban siap masak....menjamu selera dgn mee bandung di rumah K.Zah.Selain itu k.Zah hidangkan kek kurma dan puding yg sedap..
Syakirah dgn kakak Fatimah...
lauk daging korban yg baru masak utk hidangan lunch..sup, kari dan daging goreng.lepas makan balik rehat...ada jemputan ptg itu tp tak larat nak pergi.mlmnya baru keluar mkn2 lagi...
ni pula semasa on the way pergi...wpun hari raya, pagi2 lagi dah ada org jual jagung dan ubi keledek bakar. kalau jagung bakar sini tak letak apa2pun perasa...tawar..
pemandangan yg biasa di sini gerai jual buah2an tepi jln....merata2 ada gerai buah gini.
di hari raya kedua...rumah pertama yg dikunjungi...
hidangan kari biri-biri, ikan masin, daging dendeng...juga ada nasi dagang yg dibawa oleh salah seorg kakak di sini.Gambar2 lain raya hari ke 2 tak ambil...tuan kamera kekenyangan...malas nak ambil gambar...
sekian kisah raya Aidiladha 1432 H..
Label:
Majlis/Acara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Kak..Seronoknya dapat menimba pengalaman hidup dirantau orang..macam2 budaya kita boleh jumpa kan...
ReplyDeletesalam..betul tu bila dah duk jauh di perantauan kawan-kawan lah jadi saudara kita di sana.
ReplyDeleteUntung anak kamu dapat pergi ke international school...
meriah nya raya disana.. ramai jugamalaysia disan aye
ReplyDeleteAssallamualaikum Mamasya.
ReplyDeleteDah masuk musim sejuk eh.. Dah ada aircorn semulajadi la tu dlm umah..hehehe..
Comelnya syakirah.. Makin besar makin lawa..
Seronok kan ada pengalaman beraya di negara org..
assalam
ReplyDeletewah meriah walaupun jauh di sana.......
meriah juga sambutan hari raya walaupun jauh di sana...
ReplyDeleteAssalam mamasya, wah meriah sungguh sambutan raya kat sana ..suhu kat sana sekarang ya..kita suka that kind of tempertaure..tapi kena hati2 jugakan takut panas dalam...kena minum air putih banyak..
ReplyDeletesup gear kat bawah tu waduh besar nya mama..itu tulang lembu ke mamasya..
betul tu...tanpa sanak saudara di sisi, bersyukur ada teman2 dekat dgn kita utk memeriahkn lg suasana...
ReplyDeletemeriahnya suasana beraya disana kan kak..bestla negara islam gitula selalunya..masa nieza di Dahaka pun sama terasa sgt kemeriahannya tapi dok sini biasa jer la.
ReplyDeletekat sini pun dah sejuk kak..kekadang temp dah turun minus dan kul 4ptng dah mahgrib.kalau winter nanti kul 3ptng mahgrib..lagila gelap..sabar jer la kan.
Meriah betul hari raya akak kat sana. berderet deret jemputan. itu yang abang Syazrin risau tu. hehe.. takpe, sekali setahun kena makan puas puas. :)
ReplyDeleteIjan