klik Nuffnang
Friday, November 25, 2011
Muffin Yogurt dgn Modelnya....
Assalammualaikum buat semua
Sebelum raya Ailadha yg lalu sek anak2 ada buat bake for charity....setiap murid diminta bawa makanan yg berasaskan baking dan jual di kelas masing2 kepada semua murid bagi tujuan charity. Setiap kelas buat hari berbeza dan kebetulan kelas Syazrin dan Syafiq hari yg berturut-turut....mudah boleh baking sekaligus. Fikir baking yg mudah dan senang anak2 nak bawa...itu yg terlintas buat muffin. Buat tak bykpun sebekas seorg dan utk mkn di rumah.
Cari-cari resepi..... berkenan dgn muffin yogurt dari blog Izah sbb Izah promot ni muffin terbaikkkk.....mmg ianya yang terbaikkkk...lembut...sedapp dan gebu bak kata Izah kira pakej yang sempurna untuk digelar muffin yang sedap....tqvm Izah kongsi resepi mufin yg sedap ni.
Satu lagi yg buat mama suka sbb membuatnya cukup mudah...tak payah pakai mixerpun...godek-godek je. Boleh letak filling kalau suka.....untuk muffin ni letak inti coklat.
MUFFIN YOGURT
recipe: precious moments
sumber & terjemahan: izahdaut@ Izah Muffin Lover
oleh; Dapurmamasya
bahan2nya(menghasilkan 10 biji muffin)
120 gm tepung
70 gm gula kastor
1 tsp baking soda
1/4 tsp garam
150 gm plain yoghurt @ yogurt berperisa
1 biji telur
50 gm minyak sayuran- guna minyak jagung
1 tsp vanilla essence
Filling pilihan mengikut selera masing2:
coklat chip, kismis, oreo, filling coklat, blueberry, strawberry
Caranya:
1. Panaskan oven ke 180 C.
2. Campurkan sebati semua bahan kering dalam mangkuk besar. Ketepikan.
3. Sebatikan pula semua bahan basah kecuali filling.
4. Tuangkan bahan basah ke dalam bahan kering. Kacau perlahan-lahan. Masukkan coklat chip atau pilihan masing2. Kacau perlahan sekadar bahan bersatu. Jangan overbeat nanti muffin keras.
5. Ceduk ke dalam muffin cup 1/2 ke 3/4 penuh. Bakar selama 20-25 minit bergantung pada oven masing2.
Nota: Jika mahu intikan muffin dengan filling kesukaan, cedukkan setengah adunan, masukkan filling dan tutup semula dengan adunan muffin 3/4 penuh cup. Muffin jenis ni , masa menggaulkan bahan2 tu pun, adunan dah menggebu sebab yogurt ngan soda tu bersatu. Jadi jangan terlebih gaul untuk mengekalkan kelembutan dan kegebuan muffin.
muffin masukkkan dlm bekas....siap utk bawak ke sekolah...
biasanya anak2 kurang suka muffin terutama kalau muffin jenis yg padat tp muffin yogurt ni anak-anak suka sbb lembut je dan sedappp....mamapun suka muffin ni.
Model muffin mama kali ni...
anak dara mama yg sorang ni...Syakirah Aeda...bila posing mcm2 gaya....
suka posing...lepas satu....satu gambar.satu je lagi mama......
ok posing yg last special buat kakak-kakak....auntie-auntie semua dari Syakirah....lepas ni Syakirah nak mkn muffin....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
anak dara kecik yg manis n comel.. akk pun suke rspi yg mudah2.. kacau2 terus bakar..
ReplyDeletealalallalala..comeynya Syakirah, geram taw tngk muka dia yg cute tu..muffin tu pun comel gak, leh cubalah cuti sklh ni, anak2 rajin makan2..buatnya pun senangkan mamasya..
ReplyDeleteamboi comeinya shakirah duk berposing dengan muffin ,model lawa muffin comei hehehe
ReplyDeletecomeynye anak dara akak sorang ni...dah ala2 muke arab.hehe, btw bagus gak idea akak bt muffin ni. ros nak perabih stok yogurt ni.dok terfikir gak nak buat apa dgn yogurt & coklat chips. aritu bt apam yogurt tapi ros kureng suke sbb lagi suka yg apam mekar. nak try la f rajin since terkandas lagi ni 3,4 hari.
ReplyDeleteewaahh ewaahh..comel jer model cilik ni posing dpan muffin yer... jeles btoi.... mehla pass sebiji kat aunty..lapar tgk muffin mama syakirah ni.. heheh
ReplyDeleteWah..model dgn muffin sama cantik dan sama manis la...berapa tahun umurnya tu mama?
ReplyDeletesalam kak.. pandainya anak dara posing.. macam2 gaya ye.. hihihhihi .. memang nampak gebu muffin tu
ReplyDeletealahai chulimnya model mapin ni..pandai lak tu wat aksi lentuk2,Ada gaya model tuh..
ReplyDeletemuffin pun nmpk sdp
Assalamualaikum Mama...Apa Khabar? Kak Lin Baik2 Jer Disini Dong! Comelnya Muffin Tu...Yg Jadi Modelnya Pun Comel Gitu!
ReplyDeleteAssalam Mamasya,
ReplyDeleteSelamat menyambut Maal Hijrah 1433. Semoga sentiasa diberi keberkatan dan kesihatan yang baik untuk menyajikan gambar dan hidangan yang cukup menarik beserta model cilik yang dah semakin pandai bergaya...
assalamualaikum..
ReplyDeletesenangkan.. wat muffin tu, tapi walaupun senang caranya.. hasilnya sedap sangat.. kan kan.. anak2 nani pun suka gak makan muffin.. bulan ni 2 kali dah wat.. ehehe
SALAM kak... sedapnya muffin yogurt ni.. nanti nak cuba lah buat ... ... syakirah pun comel jer ...
ReplyDeleteMeh AuntieRoz & Liana peluk2 geyam Syakirah...! Liana pun nak mapin gak ni nak tumpang makan dgn Syakirah....hehe
ReplyDeleteAla comel je model nye. Kalau lalu kat depan auntie, semua muffin, trolley dengan model sekali auntie borong bawak balik kuopio :)
ReplyDeleteSyakirah, apasal comel sangat ? auntie gigit mata tu kang
ReplyDeletealololooooo comelnya diaaa... geramnya tgk .. meh nak peluk ckit... Muahsss.. geram tgk muka dia yg comel sgt tu..
ReplyDeletemuffin yogurt tu mmg sedap... diana pun suka ... mmg terbaik kan mama..