Assalammualaikum buat semua.
Kongsi entry masak2 dulu hari ni.....gambar cuti2 tgh dok pilih lagi.Goreng Char Kuey Teow ni dah lama....sudah beberapa kali masak baru sampai giliran update dalam blog.Kalau Kuey Teow mmg favorit mama dan abg no 3 dan 4, cuma sbb di sini tak da jual kueytiaw....itu yg dah jrg masak.Ada kuey tiaw kering dijual tp rasa taklah sesedap yg fresh...nak buat sendiri kurang rajin. Kebetulan balik Msia hari itu beli kuetiaw bawa ke mari....jadilah juga nak masak Char Kuey Teow.
Biasa goreng Kuey Teow versi ikut suka tp terasa nak mkn Penang Char Kuey Teow yg mcm di restoren...itu yg ikut resepi....dah lama bertangguh nak mencubanya. Suka abg no 4 mkn bila dihidangkan Char Kuey Teow....bertambah mkn.Rasanya dah ramai mencuba resepi dari MYR ni.tp mama letak juga diblog utk rujukan. tkasih kpd empunya resepi.
Char Kuey Teow
Sumber; Che'Iza @ MYR
Oleh; Dapurmamasya
Bahan-bahan ( 2 org )
* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula
* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur
Cara-cara
UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.
UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust
Char Kuey Teow tgh goreng dlm kuali
Tempahan Bihun Goreng S'pore & Mee Goreng.nipun dah lama baru sempat update.
bihun digoreng beberapa kali sbb tak muat nak masak sekaligus dlm 1 kuali.letak lauk ayam & udang, karot dan sayur mix vegie.bila masak byk gini, utk lauk ayam dan udang mama rebus dulu.semua bahan tumisan ditumis sekaligus, kemudian baru diasingkan mengikut kuali...baru cepat digoreng.
taburkan dg telur dadar di atas dan beberapa lapis dibawah lapisan mihun....agar semua lapisan ada telur dadar.
buat juga sambal tumis utk dimakan dg bihun
ni pula tempahan mee goreng utk minum pagi.
letak ayam, sotong dan udang, karot, mix vegie & tomato.
itu saja bab masak2 dari dapurmamasya.Berminat nak tengok jubah dari Egypt boleh Klik Sini.jumpa lagi..
salam kenal mamasya..
ReplyDeletesedapnya char kuey teow tu..nak sikit..lebihkan udang ya..heheh..
Mamasya... belum lagi cjar kuey teow ada depan mata... dengar dan pandang saja dah kecurrrrr!
ReplyDeletesedapnya MamaSya....=)
ReplyDeletetak tahan tgk char kuew teow tu..
ReplyDeletesemua sedap belaka.. tak tau nak komen.. scroll gambar cepat2.. paling teringin nak makan mee goreng tu.. hahahahaha.. nyam nyam..
ReplyDeleteamboi...sedap tu...rajinnya ambil tempahan...mmg nampak sedap mee & bihun tu. mesti yg tempah tu puas hati...berbaloi
ReplyDeleterajinnyer zila...
ReplyDeletesy paling kecut perut kalau org nak tempat masakan mcm ni.. sbbnya tak pandai nak letak harga... hehehe...
terliur tgk penang char kue tiau.. pernah sekali mkn beli kat bazar ramadhan depan sunway piramid.. mmg sedap org tu buat.. dia msk bila org oder.. sebungkus rasa tak cukup.. hehe..
Salam Mamasya..aduhai udang lagi bnyak dari kuetiaw..semestinya lazat...kalah mee udang mak jah kuala sepetang tu
ReplyDeleteakk mmg rajin tau..kecur gilerr kt CKTW..nk buat jgk nnt..:)
ReplyDeletei like char kuey teow very2 much..!!!
ReplyDeleteassalam Mamasya
ReplyDeletefeberet ni ckt he hee sedappp
mesti suka org2 tu makan mee mamasya nampak pun menyelerakan
mamasya sedapnya..hantar umah zila sekali mama..
ReplyDeleteAssalam mamasya..
ReplyDeletekuey teow che iza ni baru hari ahad lepas kita masakkan untuk my family..hehe
kita ni actually tak suka sangat kuey teow, tapi bila cuba recipe cheiza ni..mdah boleh terima dah kuey teow..heheh
Mee Goreng tu selera betul kita tengok..suka makan mee goreng orang ..tak suka sangat makn mee goreng masak sendiri..hehe
salam mamasya,
ReplyDeleteKuey Teow tu di frozenkan ke? tak teringat langsung nk bwk hari tu. anak teringin sangat nk mkn. kena tahan la sampai balik summer.