Assalammualaikum buat semua
Entry cuti ke Rom...rehat seketika dulu. Sebelum kongsi ttg resepi, nak citer ttg cuaca di sini. skrg dah masuk musim panas...dah mula terasa bahang panas kering cuaca.Kipas dan air cond yg dah bebulan2 'cuti' dah mula beroperasi semula. Pakaian musim sejukpun dah simpan.kedai2 pula dah mula sales utk pakaian dan brg musim summer pula. Waktu siang pjg...siang cepat, subuh awal 3.18 pg dah masuk.syuruk pula skrg kul 4.58pg..mmg awal sgt habis subuh...kul 5 pg dah mula terang.Maghrib masih awal 6.45 ptg.
Berbalik kek pisang ni....buat utk minum ptg minggu lepas. Apa2 makanan yg berasaskan pisang mmg favorit mama , cuma di sini buah pisang tak byk jenis mcm Msia.Hanya ada sejenis pisang yg sesuai utk dimakan saja iaitu samada pisang local atau pisang import. tiada pisang utk buah pisang goreng....telan air liur je kalau nengok pisang goreng.
Resepi kek pisang ini, berkenan dr dapur mamasaranur sejak ditayangkan di blognya itu sbb simple bahan2nya. Tapi Mamasaranur tak begitu sihat skrg. Moga cepat semboh. T.kasih berkongsi resepi...tkasih juga buat Jintanmanis empunya resepi asal. tp resepi kek ni mama tambah 1/2 cwn choc rice dan pisangpun mama tambah sebiji lagi nak habiskan pisang yg ada. tp resepi asal spt dibawah;
Kek pisang
Sumber; Mamasaranur .Resepi asal Jintanmanis blogspot.
Oleh ; Mamasya
bahan-bahannya
2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat
1 cawan gula - mama letak 3/4 cwn gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur
caranya
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.
2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.
3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam.
4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan,
(nota mamasya; letak 1/2 cwn choc rice akhir sekali sebelum kek dibakar)
kek ni mama tak begitu puas hati sbb terlebih bakar, leka buat benda lain.kek jadi mcm kering sikit bhg atasnya...nasib baik masih sedap.
Secawan teh O dan sepotong kek utk minum ptg...
Aduiiii..gebu tul nampaknya..I suka makan cake pisang..sambil makan dgn coffee panas.
ReplyDeleteKek gebu set cawan pon cantik...lg laa best mkn kn mama
ReplyDeletegebus...lama tk makan kat sini sbb byk makan angin aje...:) kitapun baru buat kek pisang 3,4 ari lepas. ala-ala kek pisang benarnya...heee
ReplyDeleteSalam mamasya...dh terai gak kek pisang ni..mmg sedap n gebus..bhn2 pun senang dn mudah di godek2..sekelip mata dh siap kan...:-)
ReplyDeleteSalam Mamasya
ReplyDeletecantiknya cawan, teko, piring dan cake stand. sambil mkn kek, sambil belek2 bunga2.. mmg betul2 english style lah :)
rajin btl mama,cepatnya siang 5 lbh dh terang..mesti panas sgt tu kan..klu x der aircond mmg kpanasan la kn..zila pun suka kek pisang..x pernah jemu..rasa lemak2 pisang tu yg sedap..
ReplyDeletesedpnye mama kek ni..zila selalu beli je kek ni kat chowkit..hehehe lain kali leh try buat ni
ReplyDeleteSalam Mamasya...samalah kita...nampak pisang jer mesti nak
ReplyDeletebuat kek...suker kegebusannya tu...hidang pulak ngan pinggan cantik tu haaa!!!
Assalamualaikum Mamasya...penat berjalan serata Rom yea...tp mesti sonok sakan shopping jubah...hehe. Kek pisang ni nampak gebuss..xpa la tergaring sikit, janji sodap...my fav jgk nih...lama dah x buat kek pisang... ^_^
ReplyDeletesalam mamasya..
ReplyDeletewah, gebunya kek pisang tu..ni adalah antara kek yang sangat popular kerana rasanya yang sedap dan mudah ja buatnya kan..
Assalam Mamasya
ReplyDeletetqq doakan cpt sembuh, alhamdulillah mkn sihat walau x sepenuhnya dpt keluar wadpun-' syukur sgt2 dpt rehat kat rumah. Tak terduga kan sekali jatuh sakit camni memang x penah2 sampai kena admit
5 in 1 he hee.
Mulut nk mkn mcm2 dpt kek sedapnya tunggu betul2 kuat kena buat kek jg ni
kek pisang ni paling best setakat ni
nk puasa dekat dah, sini pun panas x thn kalu x ada aircond kanv
beli pn sedap..buat sndiri lagi sedap...mak buatkan pergh....tersangat la sedap...blk kmpung la tis week...huhu...
ReplyDeletekek pisang macam ni mmg tak lapuk dek zaman...boleh makan berulang2 kalau dapat kat saya..
ReplyDelete