klik Nuffnang

Wednesday, May 29, 2013

Piazza di Spagna & Last Day in Rome (Pt 4)




Assalammualaikum buat semua.tkasih byk buat teman-teman blog yg wish bday utk anak2 mama Syakim, Syafiq & Syazrin...Amin atas doa semua
Sambung last part Cuti2 di Rom iaitu hari ke 3. byk gambar sbb mama nak habiskan entry trip to Rome, selepas ni entry jalan2 ke tempat lain pula. Pada hari ke 3 lepas sarapan terus check out dan tinggalkan brg di di kaunter hotel, ada disediakan store utk simpan brg. Lepas itu terus berjalan ke Station Temini utk naik bas sightseeing. bas yg sama,laluanpun sama.jadi ada gambar yg dikongsikan nampak sama spt sebelum ni.


balkoni hotel penginapan...kecil sj


dpn hotel.....byk hotel kws ni tp book last minit tak byk pilihan yg ada.hotel kecil saja tp bersih,simple bfast, free wifi dan dkt station bas utama.Lagipun bukan duduk lama di bilik,byk masa keluar jln2.


suasana pg di sekitar station bas temini....tak sibuk sgt. terus ke bas sightseeing.bas pula delay dkt 1 jam...rugi masa menunggu dah last day hari ni.


sudah dlm bas....di depan station bas temini


byk gerai tepi jln jual skaf dan bag


menarik bgn ini


kebanyakkan bgn di Rome wpun bgn lama tp cukup menarik rekabentuknya.


suasana dlm bandar


gerai minuman dan buah2an


gerai skaf dan hbeg


melepasi Piazza Venezia


Roman Forum...salah satu tumpuan pelancong


melepasi Colosseum lagi. rancangan asalnya nak berhenti di sini dan masuk Colosseum tp bila tengok pjgnya beratur di luar terus cancel nak masuk Colosseum sbb confirm lama dan takut tak sempat nak ke tempat lain.kalau nak masuk sini elok beli tiket on line atau beli di Roman Forum.


Colosseum...bgn yang cukup terkenal ni dicipta semasa Empayar Rom.tempat gladiators bertarung didepan org ramai.


view dpn nak masuk ke Colosseum


askar Roman moden..nak posing dg mrk kena byr.


view bandar Rome


tinggi mendaki...


pusing semula ke Piazza Venezia


Piazza Venezia...cantik kws ni...


melepasi bgn


tepi2 jln byk cafe

masih dlm bas...


pusing bandar Rome


menghijau padang dpn bgn ni....nampak menarik



view bgn dari dekat


seni bina bgn di Rom mmg menarik....tengok batu2 besar disusun utk dinding.


lorong.....berderet meja makan. kami turun dr bus dkt sini sbb nak jln kaki ke Piazza di Spagna.


kedai souvenir,org Cina yg ramai jual souvenir sbb byk yg made in China tp org tempatanpun ada


cantik bunga digantung di tingkap..


kedai aiskrim di kws Piazza di Spagna...gambar silau tak jelas. aiskrim ni berhias dg candy dan bendera.


buah beranganpun ada jual...


Colonna dell'Immacolata yg terletak di Piazza di Spagna yg ditemui pada thn 1777 di bawah biara. Ia telah dibina di sini pada tahun 1857.


Piazza di Spagna.....ramai org di sini


terletaknya Via Condotti....yg terkenal sebagai fashionable street of Rome pusat membeli-belah fesyen di Rom, antara jalan yang sibuk di Rome.


Inilah tempat yg dituju....Spanish Step yg terkenal di Rome.Spanish Steps adalah tangga utk mendaki cerun curam antara Piazza di Spagna di pangkal dan Piazza Trinita dei Monti di atas.Pada musim bunga tangga ini akan dihias penuh dgn bunga2.


Spanish Steps ni ramai pengunjung duduk di tangga bergambar dan bersantai. masa mula sampai ada org2 Bangladesh jual kuntuman bunga ros disini tp bila polis dtg, mrk berkeliaran lari.yg pakai kemeja jalur merah tu antara org Bangladesh yg jual bunga.


Fontana della Barcaccia.sebuah kolam mata air yang berbentuk spt ikan di tengah-tengah lembah, telah diilhamkan oleh banjir Tiber pada 1598 Apabila sebuah bot kecil yang terkandas di sini selepas air surut.


kat dpn Spanish Steps...ramai pelancong


harus bergambar utk kenang-kenangan.


view dr atas tangga.kami naik tangga hingga ke atas...nak ke Villa Borghese yg terletak di puncak Spanish Steps.


tinggi juga menapak menaiki tangga....tengok ke bawah.


Sampai di Villa Borghese...dari atas dapat melihat view bandar Rom.


bandar Rome


Villa Borghese adalah sebuah taman landskap semulajadi di Rom, yang mengandungi beberapa bangunan, muzium lain-lain tarikan.


merupakan taman ke 2 terbesar di Rom.


byk pokok2 di kws taman ini...redup menghijau.


ranting pokokpun nampak menarik....


basikal utk disewa...kayuh beramai2.


sekumpulan remaja naik go kart berkayuh.



baru masuk musim bunga.


view di park...


cantik dg bunga pink...


ramai beriadah di sini...sewa basikal pusing kws park


view sekitar taman...


di luar ada jual aiskrim dan minuman. tak lama di sini sbb nak kena menapak turun tu ambil masa juga.


dah sampai bawah...penatnya turun dr atas itu. terus cari metro Spagna utk balik ke station temini.


dlm kws metro...ada mesin jual air & makanan ringan


mesin tiket....masalah betul nak beli tiket sbb tak da tertulis lokasi yg nak dituju dan arahan dlm bahasa Itali. hanya ada harga tiket. bila tanya dg 2 org remaja yg kebetulan nak beli tiket....mrk pula tak pandai B.Inggeris. tp bila sebut berkali2 yg nak ke temini bas station, mrk angguk ...tanda faham dan tlg tekan harga tiket.lega dpt beli tiket .


dlm metro dari station Spangna. dlm tram ada ditulis lokasi yg akn berhenti.


melepasi 2 station...sampai ke station temini.station metro ni underground.


dah sampai kws station bas temini


terus menuju ke restoren utk lunch.


Indian Restoren Halal....masuk je, manager tanya asal dr mana...Msia...baru tadi ada org Msia mkn di restoren ini katanya.manager restoren ni frendly orgnya.siap reservekan table utk kami berdua. mamapun minta izin ambil gambar dlm restoren.


bersih restoren ni.luas juga berbanding restoren yg singgah sebelum ni. boleh mkn di dalam ataupun diluar.ada toilet di tkt bawah.


pengunjung dari pelbagai negara yg makan di sini.


menu yg ada...ikan goreng, kari kambing , ayam, daging, hati dan sayur..semua kari.dah trademark restoren Indiakan...kari pasti ada. harga 1 plate lauk 5-5.50 Euro.


pelbagai pilihan pizza


kebabpun ada.


ada samosa dan tandori chicken


menu yg ada...pizza, kebab, tandoori chicken


bun, donut, tat


nasi yg mama order...nasi beriani udang dan beriani daging.nasi beriani ni sedap tp lagi sedap yg mama mkn di restoren yg satu lagi.stail hidangan, setiap plate diletakkan dlm dulang berasingan & beralas


juga set tandoori chicken harga 4.50 Euro (RM17.60).ada roti, mama minta kuah daging cicah roti...sedapp.


oleh kerana Rome terkenal dg pizza, mama pun order pizza nak rasa, juga order kebab tp take away, ingat nak mkn di airport. tp lastnya bawa balik rumah utk anak2 sbb dah kenyang mkn kebab.


lepas mkn, terus semula ke hotel. ambil bag dan ke station bas temini utk ambil shuttle bas ke airport. sdg elok, kami sampai bas dah ada, kalau terlepas kena tunggu 1 jam lagi. ni dah dlm bas...


pokok limau berderetan tepi pagar.


bas bergerak meninggalkan bandar Rome


view dlm perjalanan....biri di padang rumput


dah sampai airport.beberapa langkah dr pintu masuk ternampak surau.prayer room/Sala di preghiera (dewan solat). bersih surau dan disediakan sejadah & bangku, tapi kongsi lelaki dan perempuan. tak sangka di airport Rom disediakan kemudahan surau.


dlm kws airport sebelum naik flight balik.....tamat trip to Rome.Satu percutian yg menarik, kesimpulannya kota Rome byk tempat boleh dilawati dgn lokasi yg tak jauh antara satu tempat, bgn-bgn lama yg menarik rekabentuknya, bandarnya tak padat sgt, orgnya tak begitu pandai berbahasa Ing tp tak sombong bila kita bertanya, mudah dpt makanan halal dan transportpun bagus, senang nak kemana2.Semua tempat yg dilawati di Rome mama hanya rujuk peta dan info di internet.

8 comments:

  1. Wah best nyer. Dulu my son selalu bila ditanya nak cuti ke mana, pasti jawabnya Rome. Belum ada rezeki nk smp ke sini.

    ReplyDelete
  2. pic smuanye menarik kak..org cina kt mana2 jew diorg pasti ada..

    ReplyDelete
  3. Salam Mamasya,
    Seronoknya jalan2 kat Rome thru blog mama. bagus betul senang nk cari makanan halal, surau pun disediakan.. best tu ada menu beriani udang. tak pernah jumpa lagi menu mcm ni kat restoran :)

    ReplyDelete
  4. bestnye musim bunga ye kak..cantik place dia semua..

    ReplyDelete
  5. Assalam mama...sonot menjamu mata kat sni.Walaupun tak pernah jejak kami kat Rome lagi tp terasa macam dah sampai Rome ni hehe..
    Tetiba tingat citer Gladiator bila tgk Kota Rome ni hehe..
    Nampak cam senang nk cari makanan halal kat sini...mcam2 pilihan ada tu..

    ReplyDelete
  6. best la...sy setuju dgn pendapat akak tu.

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum mamasya...
    nani datang ziarah tengok gambar2 melawat ni di rome ni..
    wahhhh bestttt!! banyak tempat menarik.. paling best tengok gambar makanan je.. :P (org kuat makan katakan)... pizza tu mmg banyak sungguh la... mcm2 pilihan.. eskrem? sib baik tak nampak jelas.. kalau tidak terliur meleleh air liur ni.. hahahahah.. :P

    ReplyDelete
  8. assalam Mamasya
    bestnya kan, tumpang tgk gambar je he heee

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2