klik Nuffnang

Wednesday, May 15, 2013

Bihun Sup Sedap dgn Sup Siam Gear Box




Assalammualaikum buat semua
Sementara nak pilih dulu gambar samb bercuti ke Rome, mama kongsikan bihun sup dg Sup Siam Gear Box yg dihidangkan utk hidangan kami sekeluarga pada hujung minggu lalu. Dah beberapa kali buat bihun sup tp asyik lupa nak ambil gambar.Dan biasa kuah sup utk bihun masak guna tulang rusuk tp utk kali ni gear box.
Kuah sup utk bihun sup dimasak sekaligus utk lunch, masak seperiuk besar....sbb sekeluarga mmg suka sup tulang.kalau masak terus utk 2 hari makan...tak payah fikir nak buat lain2 kuah.Mama dg Syakirah kalau sup tulang..... suka hirup kuahnya itu. Dalam sebulan tu biasa adalah 2 kali akan masak sup tp sup tulang biasa...gear box ni sesekali saja sbb nak masak gear box ambil masa lama.


Gear box yg dimasak kali ni taklah byk isi....jadi tambah dg tulang lain.mmg ummppp kalau kuah sup dimasak dg bhg tulang gear box...sbb air tulang yg besar itu meresap ke dalam kuah.tp kalau tak da gear box bgh tulang yg lainpun sedap terutama bgh tulang rusuk.Cuma utk masak sup gear box....rebuskan gear box dulu sampai 1/2 masak barulah dicampurkan dg lain2 tulang sbb gear box ambil masa lebih lama utk masak


Utk resepi sup...mcm biasa guna resepi Sup Siam.....mmg sedap kuah sup dimasak begini, tambah kalau nak mkn perahkan limau nipis sikit. Sup siam gear box
pernah buat dulu, ada di sini . Utk resepi pegedil dan sambal kicap boleh klik sini. Resepi sup siam dah kongsi sebelum ni tp mama letak semua di sini;

Sup Tulang Siam
Sumber; Periuktanah.blogspot
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan: (hidangan untuk 5 orang)
1/2 kg tulang rusuk dipotong kecil- Gear Box + tulang biasa
200 gm daging campur (yang segar ye..)
5 ulas bawang merah dihiris
1 inci halia dihiris halus- mama tumbuk
2 ulas bawang putih dihiris halus- mama tumbuk
serba satu bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
1 bungkus sup bunjut Adabi atau Sup Tulang
1 biji tomato dibelah 6
3 biji cili padi diketuk
1 batang seleri dihiris serong-tak letak
1 biji limau nipis, diperah airnya
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
1 labu bawang holland sederhana besar dibelah 8- potong tipis, terus tumis
daun sup dan daun bawang secukupnya

Cara membuatnya:
1. Basuh tulang dan daging dan toskan. Masukkan ke dalam periuk dan tambahkan air secukupnya hingga daging dan tulang tenggelam. Rebus hingga empuk. Tutup periuk dan gunakan api perlahan untuk hasil memuaskan. Gunakan periuk tekanan jika ada, untuk menjimatkan masa.- Jika guna gear box...rebuskan gear box dulu sampai 1/2 masak barulah dicampurkan dg lain2 tulang.
2. Apabila daging telah empuk, masukkan sup bunjut dan sediakan bahan tumisan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus hingga wangi dan bawang keperangan. Tuangkan ke dalam periuk sup.
3. Biarkan sup mereneh dengan api perlahan. Masukkan cili padi, bawang besar holland, tomato,seleri dan garam. Masukkan juga daun sup dan daun bawang yang dihiris halus.- bwg besar mama terus tumis.
4. Tutup api apabila cukup rasanya. Cedok sup ke dalam mangkuk dan perahkan air limau nipis. Taburkan bawang goreng jika suka. Sedia dinikmati.
*** tambahkan cili padi jika suka lebih pedas dan air limau nipis jika suka lebih masam.


dan isi tulang gear box nak mkn kenalah pakai pisau..gunting...potong...tak boleh tarik gitu...mmg susah nak tarik dari tulang itu.


kalau sup tulang nak mkn dg bihun, pastikan mkn masa kuah sup panas2 baru sedapp. isi daging tak bykpun tak mengapa sbb kuah sup dah sedap.tambah pula ada pengedil,sambal kicap & perah limau...umpppp.


Dan bgh dlm gear box tu abg yg sulong dah booking awal2.....mmg favorit dia. biasa kalau buat sup tulang mama beli juga roti peranchis...sedap cicah dgn kuah sup.

18 comments:

  1. Ya Allah...sedapnya MamaSya....pg2 ni tgk sup gear box ni buat fiza terliur dah ni...lamanya x makan bihun sup ni....dapnyerrr....

    ReplyDelete
  2. Uissshh kak, ni mesti tip top sbb berkuahkn gear box, pebret terunggul sy, tp x pernah mkn bersama gear2 ni..hi2

    ReplyDelete
  3. perghhhh,dah berapa kali Liza telan air liur ni...hihihi

    ReplyDelete
  4. Pagi Mamasya,
    pakai gear box tu yang asyiiiiiikkkk sangat nak isap sedut isinya...sedapnya! lama tak jumpa gear box kecuali kalau raya haji... tempah awal2 gear box masa korban he he ehh.

    ReplyDelete
  5. sudah semestinya mkn dgn cili kicap...mmg sedap..!
    sy x pndai mkn gear box tu kak...hehe..,x tau nape...x nak cuba pun ye juga...:-)

    ReplyDelete
  6. Assalam mamasya...
    Haish terliuq sungguh ni nengok sup gear box yg tergolek tuh..
    Sepanjang haya tak pernah buat sendiri..selalu nk balik kampung, roger kat bonda tulun buatkan..sampai kampung..makan ajer tau haha

    ReplyDelete
  7. makan letak sambal kicap byk2 ..pergghhh terangkat ..he hhee smalam baru mkn sup cendawan..teringin punya pasal..tgok sup akk jd kecur plak..

    ReplyDelete
  8. Mabeles ni kak..kite pun suka..:-)

    ReplyDelete
  9. ermm memang sedap...nanti kalo nak buat mee sup sedap ni boleh refer kat sini...

    ReplyDelete
  10. wahh..yg ini sudah semestinya sedap sampai menjilat mangkuk ni...

    ReplyDelete
  11. salam mamasya..

    wah sedap mihun sup ni..time sakit tekak ni memang teringin mau makan sup2 ja..

    ReplyDelete
  12. wah mabeles lah mamasya, teringat bihun sup kedah kak noor aduii rindu nya ni nak makan

    ReplyDelete
  13. Assallamualaikum kak..
    Perghhhh...sup gear box.. Cam rasa nak gi cari lak sup gear box bila tgk hidangan akak ni. Kat sini kan pemes juga sup ni kan kak..

    ReplyDelete
  14. Mamasya..
    sedapnya..
    terliur nie wehh lagi2 smbal kicap & perahan limau nipis.. aduss

    ReplyDelete
  15. Salam Mamasya,
    Terliur tau tengok bihun sup ni.. terus harini umi buat mi sup hehehe :)

    ReplyDelete

Klik Nuffnang2