klik Nuffnang

Tuesday, April 10, 2012

Talam Permata Keledek


Assalammualaikum semua..
Terimakasih buat kawan2 yg tinggalkan komen di entry sebelum ni....ada kelapangan akan buat kunjungan balas.sebenarnya dah 2-3 hari tak begitu sihat...batuk...badan kejap sejuk...kejap panas....nasib baik ubat demam masih ada.Kalau tidak kena ke klinik...bukan takut nak jumpa doktor tp kat sini lain sikit sistemnya.kalau nak jumpa doktor di private klinik kena buat temujanji dulu.doktor check pesakit dan bagi senarai ubat/prescription yg perlu diambil.senarai ubat tu kita bawa ke mana2 farmasi sbb klinik tak ada ubat, kena beli sendiri ubat di farmasi.tapi kalau takda prescriptionpun boleh je beli ubat di farmasi...cakap nak ubat apa atau dptkan nasihat dr farmasi.Cuma yg bagusnya sini sbb farmasi byk dan ada yg buka 24 jam serta boleh delivery di rumah...mcm delivery pizza...kat tempat kita.call je nanti diorg hantar...bayar extra kos sikit utk caj delivery.Tapi kat sini bukan hanya ubat, fast food boleh delivery di rumah tp hampir kebanyakkan restoren dan kedai runcit dan mini market ada buat penghantaran ke rumah.tel saja...nanti mereka hantar dg motor dan kita bayar bila brg dah sampai...caj penghantaran dlm RM2-3 sahaja. tp kedai runcit jln belakang rumah ni, sbb kedai kecil hantar brg dg basikal...ada kotak kayu belakang basikal utk isi brg...mcm dulu2 kat kg org jaja ikan/sayur dg basikal. tapi kami belum pernah guna perkhidmatan delivery brg runcit, biasa pergi beli. utk makanan kalau tak nak tel boleh order on line ada satu blog khusus utk order on line boleh tengok sini.


Berbalik pada entry hari ni...dah jauh melencong ke kisah delivery pula. ok hari ni nak kongsi kuih Talam Permata Keledek yg buat masa mkn utk lunch tetamu spt entry kat bawah. Dah lama berkenan nak cuba talam ni tp tangguh dulu hingga ada acara makan2 sbb hanya mama yg suka kuih2 manis....anak2 mmg tak mkn kalau kuih manis.Resepi ambil dari blog Yatiememories. Terimakasih buat Yati yg berkongsi resepi talam ni.mama mmg suka kuih2 gini.

Talam Permata Keledek
Sumber; Yatiememories
Oleh;Dapurmamasya

BAHAN UTK LAPISAN TENGAH (loyang 10x10x2@3inci
2 cawan keledek oren yg telah di dadu (rebus & toskan)
1 1/2 cwn tepung beras*
1 cwn santan pekat*
2 cwn air*
2 sudu besar Tepung Hoen Kwee (putih)*
1 cwn gula halus*
sedikit garam*

CARANYA
Bancuh semua bahan yg bertanda (*) tapis & masak hingga naik wap - tutup api.
Masukkan keledek (yg telah direbus tadi) dan kacau rata. Biarkan sebentar.

BAHAN UTK LAPISAN ATAS DAN BAWAH
1 1/2 cawan tepung gandum
1 cwn gula halus
2 biji telur
1 cwn santan pekat
2 cwn air
secubit garam
pewarna merah dan hijau

CARANYA
Bancuh semua bahan, tapis ke dlm periuk & masak hingga naik wap.
Bahagi pada 2 bahagian dan warnakan, satu bahagian hijau dan satu lagi merah. Ketepikan.

CARA MELAPIS KUIH
Sapukan sekeliling loyang dngn sedikit minyak masak dan alaskan plastik.
Panaskan pengukus kuih. Tuang adunan warna merah ke loyang dan kukus selama 10 minit.
Masukkan pula adunan lapisan tengah yg mengandungi keledek oren tadi dan kukus selama 20 minit. Sebelum tuang lapisan hijau pastikan tiada air bertakung di permukaan.
Sekiranya ada, sengetkan loyang dan guna tisu dapur utk mengelap air. Selepas tu cakar2 sikit permukaan kuih guna garpu barulah tuangkan warna hijau.
Kukus lagi selama 25 minit guna api sederhana.
Setelah siap, buka penutup kukus dan biarkan 5 minit dngn api yg belum di tutup. Ini bagi mengeringkan permukaan kuih.
Setelah siap, angkat loyang kuih dan biarkan betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik supaya kuih kelihatan cantik.


Merasmikan kukusan eletrik ni dg kukus talam permata keledek.beli dg Chef Asma masa balik cuti tempoh hari. Sempat jumpa Chef Asma di studionya kejap sbb masa tu dia ada kelas.

Perasan tak ubinya dah bercampur dgn lapisan pink, tak tahu kat mana silapnya sbb lapisan putih tak nak keras wpun dah tambah masa kukus.mungkin silap mama masa menyukat bahan2.Ingatkan dah tak jadi kuih talam ni.tp nasib baik bila potong dpt elok. Asal buat lapisan bawah warna hijau dan pink atas...masa nak potong tukar hijau dok atas.

Kuih talam ni dpt byk sesuai kalau nak buat utk acara makan-makan atau nak hulur kat jiran2. utk makan sekeluarga buat 1/2 pun cukup.

16 comments:

  1. Salam Mama..saya pun pernah dulu buat talam keladi lapisan atasnya tak mo keras walau rasanya sangat sedapppp...walau sejuk pun tetap tak keras sampai tak leh potong, kena main cedok2 jeeee...

    Apa-apa pun kuih talam ni nampak nice sangat..

    Last sekali, semoga akak cepat2 sihat seperti sediakala...

    ReplyDelete
  2. Assallamualaikum Mamasya..

    Laaa nape tak ajak Naz menjamu selera kat hidangan akak yg banyak2 kat bawah tu. Ada jer Syakirah jadi model setiap kali gambar gader2 cam tu eh..hehhehe..

    Cantik talam permata keledek akak ni. Amboiiii..sempat rembat satu trio steamer dari Chef Asma masa balik ari tu eh...

    ReplyDelete
  3. assalam ziela....

    senang ye kat sana semua ada delivery service... charge utk delivery pun taklah mahal sgt... kalau kata terputus bekalan apa2 boleh call je kalau malas nak ke kedai..

    talam tu memang sesuai hidang utk tamu kan.. warna warni menarik hati tetamu nak menjamah... anak2 kat rumah pun kdg tu memilih jugak kalau kuih2 manis ni.. kadang ada yg suka.. kdg ada yg tak suka.. tp kalau ibunya dah teringin nak rasa.. buat jugak..pastu bagi2 ler kat makcik, pengasuh atau jiran.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Salam kak,
    Enaknyer petang2 mcm ni nampak kuih talam yg kaler2 cam tu..

    ReplyDelete
  5. cantiknyer ma... kiter suker kuih talam2... apa jenis skalipon.. tp xde kawan nk makan... sob sob... (ma... pengukus kiter sama... hihihi)

    ReplyDelete
  6. salam dari oman mamasya, apa khabar?

    ReplyDelete
  7. Salam mamasya..
    diharap dh bertambah sihat :)
    mmg cantik, sweet kaler talam keledek nie..rajin menalam

    ReplyDelete
  8. wah best ni kena masuk list juga,,,rajin betul mamasya balik cuti aje dah ligat ke dapur

    ReplyDelete
  9. Wah..best yah di sana ada delivery barang runcit,kita kalo di sini mesti keluar sendiri..hehe
    btw..talam nya cantik warnanya,pasti enak juga.. ;)

    ReplyDelete
  10. ASSALAM
    sedapnya tgk talam ni..husben akak peminat kuih2 talam ni

    ReplyDelete
  11. sungguh menggoda rupa talam ni...tak tahulah bila boleh buat kuih talam..

    ReplyDelete
  12. assalam kak, tak sihat ke? harap cepat baik yer. sama mcm kat sini jugalah kalau nk jumpa doc semua kena appoinment tak leh pergi klinik terus kekadang appoiment lambat sakit dh baik baru dapat tu yg malas juga saya nk jumpa doc.
    ubat pun sama sistem dia memang gitu kena beli kat farmasi juga.

    best tgk pengukus akak tu. kuih talam ni memang menarik dah lama teringin nk buat tunggu ada acara mknx2 boleh cuba ni:)

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Mamasya,
    sakit ke.... bawa-bawalah berehat, rajin2 makan ubat, insya-Allah sembuh seperti sediakala.
    Amie datang ni bawa sepiring kuih Puteri Ayu untuk Mamasya, minta izin dan halal ye, Amie ambil resepi Puteri Ayu, sedap rasanya! Cantik & comel kejadiannya tapi taklah warna-wani yang macam Mamasya rajin buat tu. Terima kasih banyak ye Mamasya.

    ReplyDelete
  14. salam kenal dan berziarah disini mamasya
    baru jumpa blog nie..he heee rupanya byk masakan menarik ada disini..sy follow yer..

    ReplyDelete
  15. aslmkum mamasya.. smga cepat sembuh ye.. akk pun baru smpt nk BW ni.. suke tgok talam yg warna warni camni..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2