Baru tiba di Dubai Airport. Ini pula kesinambungan dari kisah di entry dari
KLIA ke Dubai...kisah semasa kami transit 1 mlm di Dubai pada 11 Mei 2011 semasa dlm perjalanan ke Cairo. Alang-alang transit ambil peluang jalan-jalan di Dubai. Walaupun hanya 1 mlm 1 hari sahaja di Dubai sbb sampai Dubai Airportpun dah ptg,esoknya tgh hari kami dah dtg semula ke Airport utk naik flight ke Cairo, sempatlah juga pergi beberapa tempat menarik dan terkenal di Dubai termasuk bangunan yg paling terkenal Burj Khalifa@Burj Arab, Indoor Aquarium terbesar dunia di Dubai Mall dll tempat semasa jalan2 di sebelah pagi keesokkannya. Byk gambar2 yg sempat diambil...pening jugak nak memilih yg mana sesuai nak masukkan dlm blog...itu yg lambat dpt update dlm blog.
Gambar-gambar di Dubai dan pelbagai xtvt sejak kami tiba di Cairo akan diupdate di blog ini sbg kenang-kenangan dan tatapan berselang seli dgn gambar-gambar masakan.
Ok sambung kisah kami tiba di Airport Dubai, selamat tiba di airport dah ptg, terus uruskan check in utk flight ptg esoknya..flight ke Cairo dan booking hotel.Badan dah penat masa ni, tak sabar nak masuk hotel.
Tak da idea nak tulis panjang, jom tengok gambar-gambar yg diambil sepjg kami sampai di Dubai Airport hingga ke belah pagi keesokan harinya....

Dubai Airport...besar dan cantik berkilau.

lagi gambar Dubai Airport

ni kws beli-belah di dlm airport, berderetan kaunter mcm di supermarket.Tak sempat singgahpun ...tengok dari jauh je..

Di airport ni disediakan stroller utk kanak-kanak ,kemudahan buat famili yg ada anak kecil.

masih gambar dlm Airport Dubai...gambar Syakirah...alahai tak nak pandang kamera pulak dia...

abg Syakim posing dpn pajero... plet kereta sini ada tertulis Dubai.

Di kws menunggu taxi ada Ladies Taxi , teksi warna pink di Dubai Airport dipandu oleh driver wanita lengkap beruniform warna pink...menarik ! Tapi kami dari airport ke hotel naik transport hotel yg sedia menunggu di situ, kalau tidak nak jugak naik taxi pink ni.

Hotel penginapan kami, Lotus Downtown Metro Hotel Apartment. Hotel ni kami booking semasa tiba di airport Dubai...

lobby hotel

living area apt kami tinggal...cantik warna hijau pucuk pisang

Apt ni 2 bilik dg 3 toilet...selesa utk kami sekeluarga.

Dapur apartment yg luas siap mesin basuh,cooker dgn oven tp tak sempat gunapun, hanya 1 mlm di Dubai.

bedroom no 2 utk anak2

master bedroom...berkenan warna hijau pucuk pisang

dinner tapau nasi putih dan kari ayam&daging...lupa nama masakan kari ni tp sedap,anak2pun suka.

cari roti dan air minuman di kedai runcit berdekatan hotel.dpn kedai tu ada basikal yg dirantai...mungkin basikal pekerja...takut kena curi.

Syakirah dlm kedai runcit...mcm2 ada maggi,kicap,sayur....mcm kedai runcit di M'sia.

bgn kuning tu restoren Pakistan tempat kami tapau dinner dan breakfast yg terletak betul2 depan hotel.Bas sekolah kat sini sama warna dgn bas sek di Msia.

breakfast kami, roti prata & roti nan cicah kuah dal

Lepas sarapan tapau di apt, kami mula xtvt ronda tempat2 menarik di Dubai...booking mpv sekali dgn driver.senang booking kenderaan dgn driver, kalau naik taxi susah jugak sbb kami anak beranak ramai..kena 2 taxi. Kebetulan driver yg kami tempah ni orgnya peramah, jadi dia bercerita ttg tempat2 yg perlu dilawati sekiranya berada di Dubai dan membawa kami tempat2 yg menarik yg biasa dikunjungi pelancong.Dia bawa kami ronda-ronda sekitar Dubai dari pagi hingga tgh hari tp sempat melawat tempat2 menarik.

melepasi kws bus station

pusing2 kws bandar

replika kapal......ambil gambar dr luar muzium shj..

wpun cuaca panas terik...subur cantik bunga2 purple ni..
nantikan sambungan Cuti-cuti Dubai (Pt 2)...lawat Burj Khalifa@Burj Arab.