klik Nuffnang

Thursday, August 11, 2011

Puding Cocktail Berkuah (2)



Puding Cocktail Berkuah ni buat beberapa hari lepas utk berbuka. Kalau berbuka mmg suka berbuka dgn makanan manis dahulu barulah jamah makanan lain.
Kalau puding berkuah gini mmg kegemaran....selalu juga buat...tak pernah jemu sbb sedap. Selain itu mudah sgt nak sediakan.Cuma biasa nak cepat isi kastad dlm bekas besar...bila nak hidang potong tp kali ni rajin sikit..isi dlm bekas2 kecil.



Resepi puding kali ni hasil jamu mata di dapur K.Zai@Dapur Impian...berkenan nengok puding k.Zai yg comei...disamping nak mencuba puding kastad versi lain pula . T.Kasih K.Zai kongsi resepi.

Puding Cocktail Berkuah
Sumber; K.Zai@Dapur Impian

Bahan-bahan puding:
1 cawan tepung custard
1 sudu besar tepung jagung
5 cawan air
gula ikut rasa manis
1 biji telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua sekali dan dimasak diatas api yg sederhana dan dikacau sampai pekat dan likat.
> Setelah pekat dan likat,masukkan kedalam acuan yang berbentuk supaya senang dimakan.
> sejukkan didalam peti ais hingga beku dan keluarkan dari acuannya.
> dihidangkan bersama fruit cocktail dan kuahnya.

Kuah:
1 tin susu cair
1 tin air (guna sukatan dr tin susu cair ni juga)
Gula ikut rasa manis
Jika suka bolih taruh sebiji kuning telur

Cara-cara:
> Campurkan kesemua bahan2 dan jerangkan diatas api hingga mendidih dan biarkan sejuk dahulu kemudian sejukkan kedalam peri ais.

Hiasan:
1 tin fruit cocktail



Utk menyerikan lagi puding kastad ni buat jelly strawberry segera....mkn sama2 dgn puding kastad...sejuk2...yummmmm...



Yang ni pula Puding Cocktail Berkuah utk potluck berbuka beramai-ramai pada 4 Ramadan yg dibawa bersama-sama talam kastard jagung..Utk Puding Cocktail ni guna resepi yg selalu digunakan sebelum ini . Bekas atas tu kuah kastad yg pekat dan buah cocktail. Manakala bekas bawah kastad dan buah2 tambahan spt anggur dan rock melon.Untuk kastad buat 2 adunan dan sejukkan dlm loyang besar....dah sejuk baru potong kecil dan isikan dlm bekas. Masa nak hidang di tempat jamuan baru campur semua dlm bekas dan tambah lagi fresh milk dan air batu.

Wednesday, August 10, 2011

Laksam hidangan kegemaran kami...



Laksam ni antara makanan kegemaran kami sekeluarga. Buat laksam 2 hari sebelum puasa utk sarapan kami sekeluarga.....nipun xtvt tertangguh sejak dr Msia nak buat laksam tp tak jadi-jadi....maklumlah nak ngukus laksam tu yg buat malas sikit.Kalau laksa lemak biasa buat sbb senang, beli laksa dah siap...tinggal masak kuah.Masa dtg sinipun angkut juga beberapa pek laksa kering...mmg peminat laksa..tak kira laksa apa...



Letak sambal lagi sedap mkn laksam ni. Ulam-ulam pula ikut apa ada dlm peti ais di rumah.kat sini tak ada taugeh , kacang pjgpun tak ada...kalau ada lagi sedap sbg ulam laksam. kalau kat kg siap letak pucuk daun serai...tp bukan serai batang ya. mmg ada pokok daun serai...pucuk diambil utk buat ulam laksa atau mkn ulam dgn nasi kerabu.



Resepi ni yg selalu guna sejak dari dapurfotopagesmamasya.

Resepi laksam
sumber ; F&R Forum Cari

Bahan-bahan :
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tpg gandum
4 cawan air suam
1 sudu kecil air kapur - pilihan
secubit garam

Cara menyediakan:
Bancuh semua bahan-bahan hingga rata dan tapis. Panaskan pengukus.
Sapu minyak dalam tudung periuk dan panaskan pengukus, letakkan tudung periuk/dulang dalam pengukus.Sendukkan adunan ke dlm dulang dan ratakan tipis2.Kukus hingga masak iaitu adunan menggelembung bila masak (anggaran 4-5 min). Angkat, biarkan sekejab barulah digulung kemas. Potong bulat2. Adunan di atas dpt 13 btg bagi saiz dulang sederhana. Hidangkan dgn kuah lemak,ulam2 dan sambal belacan.

nota dapurmamasya
Pastikan adunan dikacau setiap kali sebelum disendukkan dlm tudung periuk.dulang diletakkan dulu dlm pengukus sekejap...biarkan panas barulah diletakkan adunan.Jgn lupa sapu minyak di dulang setiap kali nak letak adunan.


adunan menggelembung tanda laksam dah masak.boleh angkat dan gulung....

Kuah Lemak
Sumber; Dapurmamasyablogspot

bahan2
1/2 kg ikan kembung/ikan tamban/ikan sardin - ikan direbus dgn asam keping dan dibuang tulang dan dimesin
6-7 ulas bawang merah-mesin dgn ikan
1 biji kelapa @ 1 1/2 pkt santan segera-utk santan anggaran 6-7 cawan tp kalau pekat boleh tambah air lagi dlm kuah.
2 keping asam keping ,
1 sudu makan lada hitam-ditumbuk/debu- kalau nak kuah cantik guna lada putih
1 sudu keresek (pilihan)
garam,

bahan2 sampingan:
sambal
timun,daun serai,kubis,taugeh

Cara
Masukkan ikan rebus yg telah ditumbuk lumat/mesin dgn bawang merah ,lada hitam & asam keping serta sedikit santan/air dlm periuk.Kemudian setelah mendidih masukkan pula santan yg selebihnya dan kerisik.Kacau sebati sehingga mendidih, kacau jgn bagi berketul kuahnya. tambahkan garam mengikut citarasa.sedia utk dihidang dgn ulam.



Laksam buat 2 adunan...satu mmg tak cukup sbb anak-anak kalau laksam ulang2 makan....

Tuesday, August 9, 2011

Yogurt Steamed Cupcake @ Apam Yogurt



Entry kali ni nak kongsi Apam Yogurt yg dibuat beberapa minggu lepas...baru sampai giliran tayang di blog, bagi laluan entry yg lain dulu. Ramai yg dah mencuba apam ni.....suka tengok mcm2 warna ada.Utk apam yogurt ni letak warna ungu dan pink.



Yogurt Steamed Cupcake @ Apam Yogurt
Source; Rima

Ingredient
2 cups sugar- 1 1/3 cups sugar
1 tsp ovallete
2 cups flour
1 cup fresh yoghurt (thick)
2 eggs
1/2 tsp double acting baking powder -x da ganti 1/2 st baking soda
1tsp cocoa powder - x letak ganti pewarna ungu dan pink
1tsp chocolate paste - ganti utk warna pink letak perisa strawberry

Method
Bring your steamer to boil.In a mixing bowl, beat all of them together (kecuali pewarna) until the batter becomes pale, thick, and the whisk leaves a vivid trail when stirring through the batter.
Spare some batter for the chocolate topping (about 5 Tbsp), mix it with cocoa powder and chocolate paste.( letak pewarna dan perisa)
Drop the white batter into cups, then drop a teaspoon of chocolate batter on top of every cup. Steam for about 15 - 20mins.

Nota dapur mamasya
Pastikan air kukusan mendidih dgn kuat. jgn lupa tutup tudung dgn kain .




buat satu adunan sahaja utk kami sekeluarga...anak2 kalau kuih-muih kecuali kuih yg jenis goreng mkn sikit je itupun masa baru-baru masak...

Monday, August 8, 2011

Nasi Ayam Chef Wan


Alhamdullilah dah seminggu kita berpuasa....moga terus diberikan kesihatan dan sejahteraan buat kita semua di sepanjang bulan yg mulia ini.
Untuk menu berbuka di rumah sepanjang Ramadan ni....hari2 mesti ada lauk ayam...anak2 kalau lauk lain mrk kurang suka...makanlah juga tp sikit ....kdg2 ambil kuah saja. Anak no 2 pula hanya makan lauk ayam..daging kdg2 dia mkn, ikan..udang..seafood mmg dia langsung tak mkn. Tiap-tiap hari kena fikirkan ayam nak masak lauk apa....kdg2 tak ada idea...mulalah ulang-ulang masakan yg sama yg mrk suka spt ayam kari, ayam kurma, ayam tomato, ayam bakar, ayam masak kicap, ayam goreng tepung dan ayam sticky.
Kebetulan tengok ramai kwn blog tayang nasi ayam.....maka teringin juga nak masak nasi ayam ....lagipun dah lama betul tak buat.



Masak nasi ayam ni beberapa hari lepas.Resepi nasi ayam ni copy dari dapur Nur...nun di Spore...dah lama berkenan nak mencuba nasi Ayam Chef Wan ni yg menduduki carta no 1 popular post di blog Nur. T.kasih Nur kongsi Resepi.

Nasi Ayam Chef Wan
Sumber; My Little Kitchen@Nurindah

Bahan-Bahan Untuk Nasi
1/2 cawan majerin - campur dgn minyak sapi
2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
1 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul
4 cawan beras butir panjang, dicuci dan dituskan - guna beras basmati
5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam

Cara-Cara
1. Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis
bawang besar, halia, bawang putih,kulit kayu manis,
bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.
2. Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan
ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga
cecair terserap dan kecilkan api.
3. Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak.

Cara menyediakan ayam

1 ekor ayam berat nya dalam 1.5 kg, dibersihkan
dan dibelah dua
Garam
Lada hitam yang baru dikisar
2 cm halia, dikupas dan ditumbuk
2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk
2 sudu besar kicap manis - tambah 1 sb sos tiram
3 sudu besar marjerin

Cara-Cara
1. Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia,
bawang putih dan kicap. Lumur pula dengar marjerin.
Bubuh ayam di dalam dulang pembakar.
2. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan
pada 180 darjah celsius selama 30-40 minit sehingga masak.
3. Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.



Ayam bakar seketui-ketui sbb dah siap potong baru perasan yg dlm resepi ayam tak perlu dipotong sebelum bakar.mmg lagi enak rasa ayam dibakar besar2 sbb ayam tak terlalu garing...isi dlmnya lagi lembut.Ayam ni rebus dulu utk dptkan stok ayam utk masak nasi barulah dilumur dgn bahan2nya sebelum dibakar.



Dlm resepi asal tak da resepi sup, jadi masak sup nasi ayam ni spt yg biasa buat.Utk sup tambahkan air,garam , lada hitam,kiub ayam dan kentang .Masak sehingga mendidih dan kentang empuk.Kalau suka boleh letak btg daun sup yg dipotong pendek dlm periuk rebusan sup utk bagi sup lebih sedap.



Kalau nasi ayam mmg favorit anak2...seronok mrk bila nak berbuka terhidang nasi ayam. Bertambah anak-anak makan nasi ayam ni....suka mama bila tengok anak-anak berselera mkn....

Sunday, August 7, 2011

Tiramisu Biscotti



Slmt berhari minggu semua.Entry kali ni nak kongsi Tiramisu Biscotti yg dibuat sehari sebelum Ramadan sbb nak habiskan seketuii cheese...rancangnya nak buat minum ptg tp sbb dah buat lambat...tak sempat beku.Mlmnya nak potong mkn dan ambil gambar, kamera pula mr husben bawa. Lastnya mkn mlm esoknya lepas berbuka...buat moreh.
Dah beberapa kali cari sponge fingers nak buat tiramisu ni tp tak jumpa hinggalah masuk satu kedai di shopping centre di sini yg jual makanan import, baru jumpa sponge fingers ...teruslah beli.



Sukatan utk resepi guna tiramisu sebelum ini tapi cara2nya ikut resepi tiramisu simple, dimana kedua2nya resepi dr umi_e (myresepi.com).

Tiramisu Simple/Biscotti
Sumber: umi_e (myresepi.com)

Bahan-bahan ( 8 orang atau lebih )
1 bungkus biskut tiramisu/sponge fingers
250ml whipping cream - guna 1 pkt whipping cream
200ml cream cheese
1/2 cawan gula halus
1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)- tambah 1/2 cwn lagi + 1 sk nescafe
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko untuk hiasan

Cara-caranya
1. satukan cream cheese+whipping cream+gula dan pukul hingga kembang
2. Celupkan biskut ke dalam bancuhan nescafe dan susun dalam bekas sederhana besar
3. Setelah itu letakkan satu lapisan bancuhan yang telah dipukul tadi ke atas biskut dengan rata. Ulang proses ini sehingga menjadi tiga lapisan- buat 2 lapisan(3 bekas)
4. Bila semua bancuhan telah habis dan bahagian atas disapu rata, bolehlah ditutup dengan cling film dan disimpan dalam peti ais.
5. Hias kan dengan taburan koko/cokolat di atasnya ikut suka bila masa nak menghidangkannya..



Inilah whipping cream yg selalu digunakan disini...dlm bentuk serbuk cuma tambah susu,pukul hingga kembang.Lebih jimat harganya berbanding whipping cream yg dah siap dijual dlm bekas. Satu pkt cukup utk resepi di atas.



Anak2 pula lebih suka tiramisu kek sponge berbanding sponge fingers ni...mamanya suka dua2...yummmmm...

Friday, August 5, 2011

Talam Kastard Jagung



Assalammualaikum ....harap semua sihat walafiat dan dapat menjalani ibadah puasa sebaiknya.Ada yg suka jagung tak....kalau suka jagung bolehlah mencuba resepi Talam Kastard Jagung ni.Sedang elok rasanya ....lemak dan tidak terlalu manis...sedap je rasa bila gigit bahagian jagung.
Talam Kastard Jagung nilah yg dimasak semalam utk potluck majlis berbuka puasa beramai2 di rumah TYT Duta. Pelbagai kuih-muih ada dibawa masing-masing utk majlis berbuka...bolehlah makan serba sikit semasa waktu berbuka.



Sebenarnya dah lama berkenan talam jagung ni sbb suka mkn jagung tp dok tangguh sbbnya kali akhir buat talam tak begitu menjadi...bila tak jadi tu malaslah nak buat lagi. Tapi Talam Kastard Jagung yg buat semalam puas hati sbb elok jadinya. Cuma masa nak ngukus tu kalut jugak nak cari bekas utk kukusan sbb 2 biji kukusan yg ada di rumah tak muat utk acuan 4 segi saiz 10 inci...cuba guna kuali yg adapun tak muat, akhirnya guna periuk besar...sdg elok muat loyang ditepi dlm periuk.Kalau keluarga kecil buat 1/2 adunanpun dah byk tp kalau nak hulurkan kpd jiran atau nak bawa utk jamuan mmg cukup buat satu adunan.



Resepi Talam Kastard Jagung ni diperolehi hasil dari jamu mata di blog Yati yg memang rajin mencuba kuih talam.....t.kasih byk2 Yati kongsi kuih Talam Kastard Jagung yg sedap ni.Tengok ada juga kawan-kawan yg dah mencuba kuih talam ni. Ada lagi kuih talam Yati yg dah berkenan....

Talam Kastard Jagung
Sumber;Yatiememories.blogspot

Bahan-Bahan- loyang 10 inci

Lapisan Bawah

1 1/2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung kastard
1 cwn gula
1 cwn jagung krim manis
3 1/2 cwn santan
sedikit perwarna kuning
sedikit garam

Cara Menyediakan Lapisan Bawah

Satukan kesemua jenis tepung dlm sebuah mangkuk.
Masukkan sedikit garam, gula dan santan.
Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api kecil sehingga naik wap. Masukkan jagung krim dan gaul lagi sehingga sebati.
Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

** Setiap 10 minit saya buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

Bahan Utk Lapisan Atas

2 cwn santan pekat
1 cwn air pandan ( 3 helai daun pandan kisar bersama air dan jadikan 1 cwn jumlahnya)- ganti 1 st esen pandan + 1 cwm air
1 cwn tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tpng ubi
2 biji telur
2 sudu besar gula pasir
secubit garam
Pewarna hijau/pandan

Cara Menyediakan Lapisan Atas
Masukkan kesemua bahan dlm sebuah mangkuk. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.
Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil je.
Cakar2kan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan pandan ke atas lapisan jagung tadi dan kukus selama 20 minit.
Saya kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit.(jumlahnya 20 minit juga kan..)

Tips.
** Sekiranya terdapat sedikit air di permukaan kuih, sengetkan loyang sedikit dan buangkan air yg terdapat di permukaan kuih...guna sudu je...atau lapkan guna tisu dapur.
** Sejukkan kuih, kuih ni hendaklah betul2 sejuk barulah cantik bila di potong.
** Gunakan pisau plastik utk memotong apa2 jenis kuih talam atau kuih lapis supaya cantik.

nota dapur mamasya
Utk mengelakkan air jatuh atas kuih, tudung dibungkus tp ada jugak sikit air bila dah dkt masak di atas lapisan hijau...lap guna tisu ikut spt tips di atas.Ada sikit kesilapan teknik masa buat semlm sbb blender semua bhg lapisan jagung...sepatutnya jagung tu dibiarkan biji gitu....jadi tambah lagi 3 sb jagung krim dlm adunan...barulah nampak isi jagung dlm kuih talam.



Lapisan kuning jagung dan lapisan pandan yg telah masak.



siap potong utk dibawa ke potluck berbuka puasa

Lemon Rosemarry Chicken Grilled



Assalammualaikum semua.Baru siap buat kuih pot luck utk ptg nanti , baru lapang nak ngadap komputer...harap2 menjadi molek setelah dipotong nanti.Ok utk entry kali ni nak kongsi resepi pasangan ayam kenny roger iaitu ayam rosemarry...
Sbbnya asyik dok teringat ayam rosemarry yg dibuat pada Ramadan 2 thn lepas.Masa tu ayam ni cukup femes di blog...ramai yg mencuba.Dulu bakar seekor spt gambar di bawah tp kali ni bakar bhg chicken leg.



Masak ayam ni utk juadah berbuka 1 Ramadan disamping tu masak juga sup tulang. Kelainan rasa ayam bakar ni ialah pada rempah rosemarry.Resepi ayam rosemarry ni copy dari dapur lama; mamasyafotopages.



LEMON ROSEMARRY CHICKEN GRILLED
Resepi : The Naked Chef (Jamie Oliver)
Diolah oleh Jeni, copy dr Fp Ana
Sumber; Dapurmamasyablogspot

Bahan
1 kg ayam - bakar 4 bhg chicken leg
1 biji lemon
3 ulas bawang putih
2 sudu besar olive oil - guna butter
Segenggam Rosemary Kering- 1/2 botol kecil @ 3 sb rosemarry debu
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 biji kentang dibelah 2
2 biji tomato
Baby carrots - guna carrot besar
1 biji bawang besar dibelah 4
2 sudu serbuk Paprika - tak letak
Kicap Pekat - ditambah - letak kicap cair + sos tiram
Garam dan gula(ganti madu 1 sb) secukup rasa

Cara:
Lemon, kentang dan bawang putih direbus selama 15 minit. Angkat dan tos.
Tumbuk bawang putih dan rosemary sehingga lumat.
Gaulkan bahan yg ditumbuk tadi dengan olive oil dan campur sedikit garam dan serbuk lada hitam. Ambik sedikit bahan ini dan gaulkan dengan kentang, bawang besar, baby carrots dan tomato.
Lemon tadi dicucuk cucuk dengan garfu supaya jusnya nanti keluar dan disumbat ke dalam perut ayam.
Sumbatkan juga beberapa kentang, bawang dan baby carrot ke dalam ayam tadi.
Jeni cucuk lubang ayam tu dengan toothpick supaya tak terkeluar bahan2 tadi.
Lumurkan ayam tadi dengan bahan tumbuk tadi.
Susun kentang, tomato, bawang dan baby carrots dan bakar didalam oven 180'c selama 1 jam atau sehingga masak.
Hidangkan..bersama mashed potato dan salad..; mkn dgn nasi

nota dapur mamasya
oleh kerana guna ayam siap dipotong, sebiji limau tak rebus, potong2 susun sekeliling ayam.



Masak ayam bakar ni mudah dan anak2 cukup suka....berebut pilih bahagian ayam yg mrk suka. Utk bulan puasa ni kalau masak kena fikirkan lauk kesukaan anak2 juga barulah berselera mrk berbuka dan bersahur....anak2 makan nasi masa sahur.Disamping itu masak juga lauk tambahan.

Thursday, August 4, 2011

Kuih Puteri Ayu Ceria utk potluck



Sementara menunggu waktu berbuka update ttg kuih puteri ayu dulu, ni bukan juadah berbuka hari ini tp buat hari Khamis lepas utk pot luck sempena satu majlis di rumah TYT Duta. Oleh kerana dah lama tak buat kuih puteri ayu...terasa nak mkn, jadi sambil makan buat lebih utk di bawa ke pot luck sekali.



Kuih puteri ayu masih guna resepi yg sama spt entry sebelum ini, utk resepi sila klik sini.



sepinggan siap utk dibawa ke pot luck...buat satu adunan sahaja sbb masing-masing bawa kuih utk majlis tersebut.esok ada majlis berbuka puasa bersama2 dgn org Msia di sini, kuih.. pot luck juga...tgh cari idea nak buat kuih apa...

Wednesday, August 3, 2011

Kecubung Berendam...juadah manis 1 Ramadan



Dah selesai kisah rakaman tv, ni nak kongsi menu manis semasa berbuka Ramadan 1 iaitu kecubung berendam. Kalau berbuka biasanya nak juga mkn bubur ke..pengat ke atau kuih yg manis.Barulah makan nasi.Buat sikit saja sbb anak-anak mmg tak mkn bubur atau kuih manis.Kalau kuih jenis yg bergoreng barulah mrk mkn.
Resepi kecubung berendam ni dah 2 thn simpan sejak dari Brunei lepas tengok K.mon&Nina Suria update di blog.Rancang nak buat utk berbuka tp bertangguh tangguh nak buat baru Ramadan kali ini.



Kecubung berendam ni macam bubur nangka cuma kelainannya adunan ada campur dgn ubi keledek. Napa warna ungu...ianya mengambil sempena warna kecubung iaitu batu permata..di mana menurut sumber dari mr google;Batu Kecubung merupakan batu permata yang popular sebagai bahan perhiasan raja-raja dan pembesar-pembesar negara zaman lampau. Selain warna ungu, ia juga mempunyai beberapa warna yang menarik. Contohnya bewarna merah jambu tetapi kecubung yang paling berharga semestinya bewarna ungu kebiru-biruan.

Buat 1/2 adunan sahaja itupun dapat byk...sampai hari ni 2 Ramadan masih boleh buat berbuka... simpan dlm peti ais dan panaskan semula sebelum hidang. Dan tambah juga sagu utk memekatkan kuah.

Kecubung Berendam
Resepi; K.Mon@Nina Suria

Bahan-Bahan

Kuah santan:
2 ketul gula melaka di cincang halus
4 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
5 lembar daun pandan di mamar
Secubit garam
**tambah 3 sb sagu biji

1. Masukkan santan,sagu, garam, gula melaka dan daun pandan yang disimpul didalam periuk. Masak dengan api yang perlahan.
2. Bila hampir mendidih masukkan santan pekat. Masak lagi sebentar dan kacau selalu supaya kuah santan tidak pecah minyak(boil below boiling point). Angkat ketepikan.

Doh keledek
500g tepung pulut
200g ubi keledek rebus di lecek halus- letak 300g (utk 1/2 adunan 150gm)
Air secukup untuk menguli
Secubit garam
Pewarna ungu

Caranya
1. Masak air 2 liter dalam periuk hingga mendidih.
2. Sementara itu campur tepung pulut dengan air sedikit demi sedikit. Sehingga menjadi sebiji doh lembut.
3. Campurkan doh bersama ubi keledek dan pewarna ungu, uli hingga sebati.
4. Bentukkan guli-guli kecil dan tekan dengan hujung jari tunjuk ditengah-tengahnya . Buatlah sampai habis.
5. Bila air sudah mendidih masukkanlah guli keledek tadi dan angkat bila guli-guli itu timbul.
6. Masukkan guli-guli yang telah masak ke dalam kuah santan.
7. Hidangkan panas-panas atau dinginkan di dalam peti sejuk baru di hidangkan.

**nota dapurmamasya
utk langkah 2 ubah sikit; adunan tpg dgn ubi dicampur dulu, kemudian pewarna dan ditambah air sikit-sikit, uli hingga jadi doh.Tambah sagu utk pekatkan kuah, resepi asal tak letak sagu.



kecubung sebelum dan selepas direbus dlm air panas.slps direbus warna lagi menyerlah.



boleh dimkn sejuk ataupun panas...

Talian internet sejak Ramadan ni perlahan sgt..nak update ambil masa..nak jln2 blog kwn2pun lama baru dpt...lembab betul talian.

Tuesday, August 2, 2011

Rakaman Tv Satelit Mesir Utk Program Ramadan



Assalammualaikum semua...hari ni belum ada menu yg nak ditayangkan...gambar2 masakan mmg telah ada tp nak bagi laluan kepada sicantik manis spt yg diceritakan dlm entry lepas....namanya Rona pengacara tv terkenal di Mesir. Kisahnya pada bulan Jun lepas, beliau dgn krew tv satelit di sini telah menemuramah 3 famili Msia di sini termasuk famili kami untuk rakaman program Ihna Kullina Sa'imim.....yg bermaksud Kami Semua Berpuasa.Wpun rakaman dibuat bulan Jun, mmg sengaja tangguh entry ni khas utk update di blog pada bulan Ramadan sbb program ini khas utk bulan Ramadan dan akan disiarkan di satelit tv Mesir pada bulan Ramadan ini.

Pengalaman pertama mama dpt tengok live bagaimana rakaman tv dibuat.Untuk rakaman ni kami semua pakai baju melayu dan baju kurung termasuk anak-anak. Soalan semasa temuramah pula berkisar ttg pengalaman di sini.Jom tengok gambar2 sekitar rakaman...



Sesi rakaman temuramah bermula...



Famili kedua sdg ditemuramah...



Giliran famili tuan rumah sekeluarga ditemuramah

Ini pula gambar-gambar di sebalik rakaman di buat.Semasa rakaman..tak boleh bising...bunyi flash kamerapun dikira mengganggu rakaman.Rakaman diulang semula jika berlaku kesilapan tp taklah semua sekali, hanya sambung semula bahagian yg perlu dirakam semula.







Disamping rakaman temuramah, tuan rumah turut menyediakan pelbagai menu makanan Msia utk hidangan pengacara serta krew dan termasuk kami semua.



Rakaman juga dibuat semasa pengacara sedang melihat juadah yg dihidangkan...



Juadah penuh meja...makanan Msia, semua sedap-sedap belaka...tak tahu nak mkn mana satu...



sate, lauk ayam , solok lada, sayur campur & pajeri nenas



ada juga ikan sweet and sour, sambal udang, kurma ayam, lauk daging dan lain-lain juadah...



sementara menunggu rakaman dibuat, tuan rumah menghidangkan kek dan pudding.



gambar semasa menunggu krew rakaman tiba....abg Syamil,Syakim & Syafiq



Gambar akhir sebelum balik..Syakirah dgn anak tuan rumah

Klik Nuffnang2