klik Nuffnang

Friday, March 11, 2011

Promosi Butik Pengantin!



Minggu ni cuti sekolah....budak2 senyum lebar tak sabar nak bercuti...dari minggu lepas dok hitung hari.Anak2 sibuk dok tanya nak pergi mana cuti...masih dlm perancangan...mungkin cuti dkt aja. Kepada kawan2 yg bercuti...yg balik kg... selamat bercuti.Bila cuti sekolah ni ramai yg buat kenduri kahwin...kamipun ada dpt jemputan.
Sebut pasal kahwin ni , nak iklan sikit butik pengantin SIL mama yg terletak di bandar Kuala Trengganu.



Gambar2 ni sekitar pameran Festival Pelamin & Rias Pengantin 2011 yang telah disertai oleh SIL. Pameran ni telah berlangsung selama 3 hari bermula pada 10hb hingga 12hb Februari bertempat di Terengganu Trade Centre (TTC). Pemeran anjuran rasmi oleh Dewanita DPMMT bersama kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu(YPU) dan Tourism Terengganu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada 25,000 pengunjung. Bersama-sama kerjasama media rasmi oleh Sinar Harian dan turut dijayakan dengan kerjasama oleh butik-butik pengantin serta TM.Festival disertai oleh 16 buah butik pengantin yang terkenal dengan memperagakan fesyen dan solekan masing-masing. Turut sama pertandingan gubahan pengantin (berasaskan lipatan) yang mendapat sambutan hangat pengusaha-pengusaha pengantin.



Model cantik ni adalah adik SIL... mengayakan gown pengantin dan hasil dandanan kakaknya...pemilik butik Drss Anggun.



Mengayakan baju kurung moden serba putih.....nampak ayu



Pelamin cantik tema putih dgn bunga2 ni adalah rekaan Butik Drss Anggun...milik SIL.



Pasangan model mengayakan busana pengantin milik SIL



Posing menarik dari model pengantin... comeii gaya gini!



Rezki...SIL turut memenangi pertandingan yang diadakan. Tahniah Rina!



SIL diapit oleh modelnya





Rina sedang menyolek model pengantinnya



barisan model sedang disolek



Model setelah disolek....solekan lembut nampak natural.

Sapa-sapa berminat nak dptkan perkhidmatan utk perkahwinan...pertunangan, mahupun solekan atau sewaan pakaian utk majlis2 bolehlah contact Pn Rina ; 019-9522975. SIL dah lama buka butik Drss Anggun. Nak tengok macam2 baju pengantin boleh klik sini . Selain perkhidmatan butik pengantin Butik Drss Anggun juga menawarkan pakej utk kecantikan diri....boleh manjakan diri anda jika kebetulan anda ke K.Trg.

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2