klik Nuffnang

Monday, March 7, 2011

Sarapan pagi di hari minggu...



Assalammualaikum semua....seminggu tak da citer masak2...tak sempat nak update entry makanan. Utk entry pertama minggu ni hidang menu sarapan pancake. nipun buat 2-3 minggu lepas. Lama kiv resepi pancake ni...wpun mudah sbb bertangguh..baru sempat buat.



Pancake ni....yang paling suka abg sulong dan no 3.



Merasmikan kuali saiz xs..kecil comel je saiznya....beli di Langkawi tempoh hari.

Pancake
Sumber; Fp Hajar...t.kasih Hajar.

Bahan2
3 sudu besar butter-dicairkan
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula
1 cawan susu segar
1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
secubit garam

Cara
1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
2. Biarkan adunan selama 10 minit**
3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas
4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat




Pancake ni makan dgn madu....

Soto Ringkas



Mama mana nak kenyang mkn pancake....jadi selain pancake masak juga soto ringkas...versi campak2 setakat bahan2 yg ada di dapur . Selain ayam campur juga fishball.... pegedilpun tak buat...

1 comment:

  1. Emmm...rajin wat soto walaupun simple. Kdg2 bila tekak nak makan kena buatkan jugak. Dah buat, dah dapat makan baru diam kan...Nanti timbul pulak ingin nak makan benda lain & seterusnya...hidup mesti diteruskan...Sy ni kalau ikutkan mcm2 nak makan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2