klik Nuffnang

Monday, October 24, 2011

Kenangan Berbuka di Tepi Sg Nil



Assalammualaikum
Ada lagi entry buka puasa yg baru sempat update...sebenarnya ada lagi entry tertunggak...tak terkejar nak update cepat....nantilah jika ada kelapangan akan cuba update untuk kenang-kenangan. Berbalik pada entry kali ni.....kisah bulan Ramadan yg lepas ada beberapa kali juga kami memenuhi undangan dari orang Arab sini untuk majlis berbuka puasa tp tak semua sempat ambil gambar. Hanya yg byk gambar adalah semasa majlis berbuka di Sea Horse Restoren yg terletak ditepi sungai Nil.Selain kami, ada juga lain2 famili Msia di sini yg turut di jemput sama oleh agensi pelancongan Mesir ini.



Mula2 sampai...ada seorg perempuan tengah buat roti Arab...panas2 bakar dari oven traditional.



Roti ni dihidangkan utk tetamu di restoren.



Restoren ni terletak berhadapan sg Nil.....



juadah berbuka utk anak-anak...kebab,ayam bakar dan nasi yg dicampur dgn bihun.



ni set dewasa...sama dgn anak2...cuma extra ayam bakar..



selain itu ada salad, roti Arab, buah2an jeruk,cheese,yg putih tu tahina buat cicah roti dan dlm mangkuk kuah sayur bersos...tak pasti nama apa.



deretan shisha...



deretan dessert...buah2an dan manisan



suasana dlm restoren selepas berbuka



ada penyanyi menghiburkan pengunjung selepas berbuka dan juga ada cara cabutan bertuah utk tetamu yg hadir



di restoren ni juga ada small playground...

3 comments:

  1. Salam Mamasya,
    Ni lah salah satu impian saya. Nak ke sana, nak makan best2 macam tu. hehehe :)
    Ijan

    ReplyDelete
  2. Assallamualaikum Mamasya..
    Wah! oven tradisi tu eh? Best dapt tgk negara org kan kak..
    p/s: Tulah mama, nampaknya kena tunggu Hani beso sikit le kalau nak try deco2 kek cam akak..

    ReplyDelete
  3. sungguh bertuah dpt menetap disana

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2