klik Nuffnang

Thursday, October 6, 2011

Home made telur masin pula


Masih kisah home made....kali ni nak kongsi tentang home made telur masin pula...cukup mudah...ringkas. Ada tak kwn2 yg suka telur masin ? Masa kat Msia mmg stok telur masin selalu ada terutama masa bulan puasa. Bila masa tak selera mkn atau nak tambah lauk, rebus 2-3 biji,jadilah. Tp beli je telur masin yg disalut dgn abu kat kedai. Bila duduk sini dah tak mimpi dpt mkn telur masin ni sbb manalah org Arab makan telur masinkan.....kat kedaipun tak pernah jumpa org jual telur itik yg fresh.Yg ada jumpa telur warna putih, sekali tengok macam telur itik juga tp rupanya telur ayam organik. kalau itik tu pernah lah jumpa dijual sekor2 yg dah siap mcm ayam.
Hinggalah satu hari tu masa pot luck mkn dgn kwn2 di sini, ada kwn bawa telur masin yg dibuat sendiri. Kawan yg bagitau cara2 nak buat dan dptkan telur dr org Arab. Apa lagi terus tak bertangguh...misi mendapatkan telur itik berjaya, minta tlg orang Arab belikan di kgnya. Suka dpt jugak jumpa telur itik di sini.

Buat telur masin ni masa awal Ramadan lalu , sukatannya anggaran aja.

Telur Masin
Sumber; Dapurmamasya

Bahan
40 biji Telur itik
1 cawan Cuka makan
1 cwn Garam
Air secukupnya (air utk rendam dgn cuka & air utk rendam dgn garam)

Caranya

1.Rendam telur itik yg telah dibersihkan dgn cuka mkn dan air selama 1 mlm, campuran cuka dgn air sekadar menutup semua telur.Masa buat ni telur itik 40 biji, cuka mkn 1 cwn. (Ini utk buat kulit telur itik tipis dan cepat meresap garam dlm telur).
2.Selepas rendam semalaman, air cuka dibuang dan telur disejat ( tak perlu siram telur dgn air).
3.Gunakan air lain dan kemudian kacau garam (anggaran dlm 1 cwn) dlm air tersebut.Anggarkan air cukup utk menutup telur.
4.Masukkan air garam dlm bekas. Isikan telur itik.Tutup bekas telur itik tersebut.
5.Selepas 4 minggu dah boleh direbus, dah masin telurnya dan kuning molek spt di atas.

**cara2 di atas telah ditype semula utk lebih mudah difahami..(7.10.2011).



Telur itik tu, selain buat telur masin, buat juga masak lemak telur itik sbb anak2 suka masak gini.Kalau telur masin diorg tak suka...masin mrk cakap. Gambar masak lemak telur itik yg terbaru tak ambil, ni gambar lama masa entry sebelum ini. .

15 comments:

  1. Salam Mamasya....

    Kak Cek nak beli telur asin sebalang boleh...cantik hasil kejadian telur asin yg Mamasya buat....sedap nampak... :)

    ReplyDelete
  2. wah mamasya best lah cam ni bleh lah buat nanti ..rasa2 kat ntuc ada jual telor itek

    ReplyDelete
  3. ziela..akak baru komen kt bwh,dh kuar n3 baru plk..
    bagus tinggal diperantauan ni..blh pandai semua..
    cantik kalor telor asin ziela..

    ReplyDelete
  4. Aslmkm Mamasya. Wah, cantik nya. Dah lama teringin nak buat telur masin sendiri tp kat Miri ni xda telur itik.

    ReplyDelete
  5. mamasya...rajiinyer,tapi tak der telur itik la pulak...elok kejadian telur masin tu

    ReplyDelete
  6. salam ziela..
    tengok telur asin ziela tu terliur pulak dibuatnya.. lawo jadinya... teringat masa ratna budak2 dulu ma memang ada bela itik. mmg byklah stok telur itik. ma pun buat cara rendam dlm air garam gini gak.. mmg jadi.. puas mkn telur asin.. nak buat kuih2 lama mcm akok pun senang ada telur itik.. hehe..

    ReplyDelete
  7. Wahh Mamasya.. senang rupanya buat telur masin nie. Selalu balik Kuantan tu lalu Kuala Pilah. Bolehlah nak borong telur itik kat ladang ternaknya nanti.

    ReplyDelete
  8. lama gak ek bru jadi telur masin...kena tunggu sbln bru leh mkn...huhuhu

    ReplyDelete
  9. Salam Mamasya. Jadi telur masin. Suka yg warna kuning tu..

    ReplyDelete
  10. Waaaaa Mamasya buat telur masin sendiri, dasattttt tu.... mesti lagi sedap dari kedai punye... yum yum

    ReplyDelete
  11. salam mamasya.
    wah.. senang jer rupanya buat telur asin ni ya. Nanti bundo nak cubalah. tk.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Ziela,

    cantiknya telur asin tu...eh seronok nya kalau dpt buat sendiri...disini tak ada pulak telur itik...nur suka mkn telur ngan lauk rendang...tk tau kenapa...rasa mcm ada perisa gitu...

    aduhai baju jubah kat atas tu cantik2 belaka tapi saiz dorang besar2 kan mamasya??

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum mamasya...

    wah cepat masa berlalu...mamasya sekeluarga dah di cairo plak...syoknye dpt telur itik...kite kat jepun ari tu tibai je telur ayam...ngeh...ngeh...kemaruk sgt nak mkn telur masin...

    ReplyDelete
  14. Salam Mamasya
    Thanks for sharing the recipe.
    Muna dah buat beberapa kali, memang menjadi. Telur itik organic pun mudah nak dapat kat sini.
    xoxo

    ReplyDelete
  15. Terima Kasih..., Sama2...

    Nak cuba pada skala kecil 6 ke 10 biji telor asin... itik.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2