klik Nuffnang

Saturday, December 17, 2011

Mee Udang Ketam lagi....



Assalammualaikum semua
Hujung minggu gini tentu ramai yg sibuk dgn pelbagai xtvtkan.....tambahan skrg musim cuti sek....kenduri kahwin dan bawa anak2 jln.Mamapun semlm dah bawa anak2 keluar....lagipun mrk cuti 4 hari minggu ni. Next week anak2 cuti lagi seminggu...cuti krismas.
Untuk entry hari ni nak kongsi mee udang ketam.....ni menu ulangan dah beberapa kali juga tayang di blog ni. Selalu masak mee ni sbb kami sekeluarga suka. Kebetulan di sini mmg senang nak beli ubi keledek....rebus lebih utk buah cek mek sekali dan simpan utk kuah mee udang ketam ni. 2 hari lepaspun masak mee ni tp buat versi mee ketam saja sbb tak da stok udang....sedap juga rasanya sbb abg no 3 yg paling cerewet bab makan...udang...ketam mmg dia tak mkn tp mee ni dia sampai 2 kali tambah...



Gambar mee yg baru masak 2 hari lepas tak ambilpun...guna gambar yg diambil sebelum ini yg belum sempat update diblog. Resepi mee udang guna resepi sama pernah buat sebelum ini iaitu dari MYR...copy sekali lagi resepinya spt di bawah;

Mee Udang
Sumber : Che Iza @ Myresepi
Oleh; DapurMamasya

Bahan-bahan ( 3-4 org )
* 1/kg mee kuning - ganti spaghetti
* 300 gm udang saiz L@apa2 saiz-campur udang dgn ketam dlm 500 gm
* 4 sb lada boh / lada giling
* *4 ulas bawang merah
* *3 ulas bawang putih
* *1 sb udang kering- letak 2 sb
* *1/2 inci halia
* 1 sb petis - x ada petis ganti 1 sb sos rojak
* 3 sb sos tomato-lebihkan sos
* 1 sb sos cili
* keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)-letak 1 ketul ubi keledek
* gula n garam
* taugeh n sawi
* daun bawang n bawang goreng,
tambah telur rebus,tauhu goreng & limau nipis

Cara-cara
1. Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
ketam direbus juga dan asingkan air rebusan.
2. Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda **... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
3. Masukkan air rebusan udang&ketam biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
4. Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama sedap....
5. Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos.
6. Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....

Nota dapur mama;
1.Kalau ubi keledek berketul2 dlm kuah,ceduk ubi keledek dgn kuah dan masukkan dlm blender.blender sampai ubi dah hancur.
2. Udang dan ketam yg dah direbus, mama letak je dlm kuah bila kuah dah pekat dan hampir masak..senang ceduk sekali dgn kuah bila nak makan..biar rasa kuah lagi mesra dgn rasa udang dan ketam...reneh sekejap aja.boleh dihidang.



kuah mee nak sedap kena tambah ubi keledek....rasa kuahnya pekat dan manis ubi



satu lagi mee ni nak sedap kena perah limau....bagi masam sikit....sedapppp...

T.kasih buat pengunjung dapurmamasya .....kpd kwn2 yg tinggalkan komen nanti akan buat kunjungan balas.slmt berhujung minggu semua.....ceria dan senyum selalu.

14 comments:

  1. assalam mamasya....akak dtg bawak mangkuk ni,....nak lebih udang ye hehehe

    ReplyDelete
  2. Assalam..akk pulak dtg bawa mangkuk tingkat nk tapau..

    ReplyDelete
  3. salam mamasya....peberet Liza tu mee udang tp xpernah lg buat sndiri...ada resepi ni blh la try nnt...thnx yer mamasya

    ReplyDelete
  4. salam mamasya..sedapnye nmpak mee udang ketam ni..terliur!!! klo dekat da mintak seangkuk dah.. x thn tgk udang tu posing... adeyy...:)

    ReplyDelete
  5. kak terguda lamanya tak buat mee rebus

    ReplyDelete
  6. as salam kak..
    wahhh nampak mee udang ketam tu berselera sungguh lah.. tak pernah makan yg ade ketam tu.. nak try wat lah satu hari nanti.. :)

    ReplyDelete
  7. salam kak...

    lamanya x jengah2 kat sini ... sihat ya kak... bila tertengok mee udang ni .. nampak macam sedap ... harus dicuba nanti

    ReplyDelete
  8. Salam Akak,
    saya pun pernah try resipi che iza ni. sedapppp mee udangnye. :)
    Ijan

    ReplyDelete
  9. salam mamasya. nampak sedap ni. Bundo tak pernah pakai ketam. Nak terai.

    ReplyDelete
  10. Salam kak... Udabg tu buat ita terliur je tau.. Besar dah semestinya sedap

    ReplyDelete
  11. Salam Mama..wahhhh mesti lagi sedap kan mee udang ni kalau campur ketam..mesti lebih bangkit kuahnya ngan rasa manis udang dan ketam tuuuuu

    ReplyDelete
  12. Ya Allah mama...tak sanggup nak ngadap lama2 pic n, asyik telan air liur jer...:) sori ye mama...

    ReplyDelete
  13. Kebetulan semalam pun saya buat mee ketam kat faiz. seronok benar dia tengok ketam dok posing dalam mangkuk. :D

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2