klik Nuffnang

Monday, April 23, 2012

Ayam Masak Ros Madu

Assalammualaikum
Bersua lagi diminggu baru.hari ni nak kongsi resepi Ayam Masak Ros Madu yg dimasak padahari sabtu baru lepas. Mulanya nak buat ayam masak merah tp bila cari resepi di internet berkenan pula dgn dg Ayam Masak Ros.Ayam masak ros berbeza sikit dari ayam masak merah sbb ditumis dgn bahan penumis 4 beradik dan di tambah dgn santan/susu sbg penambah lemak dan rasa.Mama masak tak letak byk cili takut kepedasan nanti anak2 tak mkn pula tp kalau yg suka pedas bolehlah tambah cilinya.

Resepi ambil dari RasaOnline, teringin nak mencuba krn resepinya guna fresh milk...sbb stok fresh milk sentiasa ada di rumah. manakala kebanyakan resepi ayam masak ros guna santan. Resepi asal tak guna madu tp mama tambah madu utk imbangkan dg sos yg digunakan.Dan rasanya... menepati selera...sedappp..tak rugi mencuba.

AYAM MASAK ROS MADU
Sumber; RasaOnline
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan:
1 ekor ayam | dipotong 14 - mama gaul dg sikit garam dan kunyit
125ml cili kisar - guna 7 biji cili kering
6 sudu makan sos cili
6 sudu makan sos tomato
½ tin susu cair - ganti 1 cwn fresh milk
5gm kulit kayu manis
5gm bunga lawang
5gm buah pelaga
5gm bunga cengkih
3 batang serai | diketuk
125ml tomato puri - letak 4 sb
tambah - 2 sb madu.
- 1 cwn kacang peas

Bahan kisar:
5 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2sm halia

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separuh masak. Ketepikan.
2. Tumiskan bahan-bahan yang dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih sehingga garing.
3. Kemudian masukkan cili kisar bersama serai dan biarkan hingga garing.
4. Apabila garing, masukkan sos cili dan sos tomato kemudian ayam yang siap digoreng. Kacau rata.
5. Tuangkan susu cair bersama tomato puri. Kacau hingga sebati dan biarkan masak hingga kuahnya agak pekat.
6. Perasakan dengan serbuk perasa, garam dan gula secukup rasa dan angkat.

nota dapurmamasya
Ayam digaul dg sikit garam dan kunyit, barulah digoreng separuh masak.cili kering mama blender sekali dg bahan kisar dan tumis sekali gus dg bawang.letakkan 1 cwn kacang pea selepas tuang susu dan tambah 2 sb madu.

dah masak bolehlah dihidangkan.....utkkkk...

utk menjamu tetamu pada hari sabtu lepas.sapa tu belakang bunga mama...

Cak.....! sapa lagi kalau bukan Syakirah...bongsu mama...
jumpa next entry....hidangan lunch utk tetamu...

8 comments:

  1. Sedap ni kalau gandingkan dengan nasi minyak...

    ReplyDelete
  2. hahaha btl kata hazila tu...klu mkn ngn nasi minyak mmg kena sgt la...sodap...

    ReplyDelete
  3. sedapnya lauk tu...mkn dgn nasi putih panas2 pon sedap ni....

    ReplyDelete
  4. Assalam mamasya..
    usih another recipe ayam yanng boleh masuk list ni..
    sedap nampaknya tu mama..
    alah la..model mama tu tolong set up the table ya..heheh..

    ReplyDelete
  5. Sedap nya lauk nya, best khan di makan dengan nasi hangat.. apalagi makan nya sambil lihat si bungsu syakira yang cute.. hehe

    ReplyDelete
  6. Cantik warne ayam tu walaupun tak banyak cili.. Hehe model cilik tu kanmain lagi ekk. Hehe

    ReplyDelete
  7. Ayam masak ros tu nampak sedap..gandingkan dengan nasi minyak k? hehe..

    ReplyDelete
  8. salam kak,
    model dah tunggu tu, persiapan pun dah ready jew..nak datnglah nk mkn ayam ros madu tuu

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2