klik Nuffnang

Thursday, April 26, 2012

Puding Jagung Berkuah


Assalammualakum buat semua
Hari ni sambung lagi entry apa yg dihidangkan utk tetamu semasa lunch yg lepas, kali ni dessert pula. Nak buat bubur,jamuan yg lepas pun dah buat bubur.Teringat pula nak buat puding kastad&koktel tp tak da stok koktel dan bila intai dlm almari dapur...ada beberapa tin jagung,itu yg terlintas nak buat Puding Jagung Berkuah.

Lagipun mama mmg suka sgt dg puding yg ada kuah gini...letak pula ais...nyamanyaaaaa bila mkn. tambahan dlm cuaca yg mulai panas skrg di sini.

Puding Jagung
Sumber; F&N @ MYR
Oleh;Dapurmamasya

bahan-bahan ( sefamily )
1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
Cara-cara

Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Manakala utk kuahnya mama agak2 ikut kebiasaan buat.
Kuah Puding
2 cwn susu segar
2 sb penuh tpg jagung - bancuh dg sikit air
1/2 cwn gula
susu segar secukupnya - utk tambahan kuah nanti
ais batu
Caranya;
didihkan 2 cwn susu, gula dan tpg kastad hingga mendidih sekejap.sejukkan.
Semasa menghidang campurkan susu segar,kuah puding dan ais kedlm potongan mangkuk.Masukkan puding jagung yg telah dipotong kecil.Kalau suka boleh tambah jelly/nata de coco dlm mangkuk hidangan


Puding Jagung berkuah yg lemak manis ditambah pula jelly strawberry yg masam manis......yummm

5 comments:

  1. salam mama
    mmg sedap klu mkn time cuaca panas..sejuk jew kt tekak nie..cantik alas cwn puding tue..he hheee ada manik2 kan..

    ReplyDelete
  2. Hari ni Shah Alam panas terik. Sejuk tekak kalau pekena puding sejuk sejuk ni...

    ReplyDelete
  3. Dok di perantauan ni kena lah pandai memasak ya. Kalau teringin nak makan masakan tempat kita, boleh jer buat sendiri.

    ReplyDelete
  4. sejuk masuk alur tekak ni kak..lagi2 sekarang cuaca panas..

    ReplyDelete
  5. Salam Mamasya..

    dappppnya terasa je kat anak tekak ni..cam rohah ckp...sejukkk mengalir kat tekak...memang sesuwai ngap lepas lunch...cuaca panas...perghhhh!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2