klik Nuffnang

Sunday, July 29, 2012

Daging Kicap Berempah& Tips Bawang Goreng Rangup



Assalammualaikum buat semua...
Hari ni nak kongsi menu yg dimasak pada 2 Ramadan yg lepas...iaitu daging masak Kicap Kerisik Berempah. Menu ni permintaan anak2 yg nak mkn daging kicap pekat. Hasil carian resepi di kongsi resepi....mama berkenan dg resepi daging kicap dari blog Dayangjack, t.kasih Dj kongsi resepi daging ni.Cuma daging yg mama masak ini tak sehitam mcm DJ masak sbb tak da kicap pekat. Kelainan resepi ini dan buat rasanya enak sbb ada letak kerisik dan jintan serta rempah 4 sekawan spt resepi spt dibawah.

Daging Kicap Kerisik Berempah
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Oleh;Dapurmamasya

Bahan-bahan :
1kg daging lembu (dipotong kiub atau ikut suka)
rempah 4 sekawan (bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan cengkih)
2 sudu besar kicap pekat- ganti kicap biasa
3-4 sb cili giling
kicap manis/kicap masin secukupnya
air secukupnya
garam dan gula secukup rasa
1 sudu makan jintan manis (disangai dan ditumbuk)
1 sudu makan jintan putih (disangai dan ditumbuk)
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
air asam jawa
3 sudu makan kerisik

Bahan-bahan mesin :
1 labu bawang besar
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
***jika suka, bolehlah tambah ubi kentang dan tomato ceri.

Cara-cara :
Ambil 2-3 sudu besar bahan-bahan mesin dan gaul-gaulkan bersama daging. Masukkan kicap pekat, jintan manis, jintan putih dan lada hitam. Gaulkan lagi dan perapkan sebentar (30 minit).
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali/periuk. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan-bahan mesin hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan air secukupnya. Masak hingga hampir empuk.
Masukkan bahan-bahan selebihnya dan masaklah hingga hampir pekat. Boleh juga dimasukkan tomato jika suka. Setelah masak, biarkan ia merenih sebentar.
Hidangkan bersama nasi panas. Sesuai juga dihidangkan bersama nasi tomato atau nasi minyak dan sebagainya.


anak2 suka daging masak Kicap Kerisik Berempah ini....pekat dan berempah.

Tips Bawang Goreng Rangup


Bawang goreng ni tiada kaitan dg masak kicap berempah kat atas tp saja satukan dlm entry kali ni. utk dapatkan bawang goreng yg rangup caranya ialah


bersihkan bawang merah. hiris tipis dan rendamkan dalam air yg berisi garam. kacau dan biarkan seketika.kemudian terus sejat dan jgn disiram air. Dah kering air bolehlah digoreng sampai garing.sejatkan bawang.siap bawang goreng utk digunakan.

8 comments:

  1. Salam Mama, dah sahur? Baru akak tau bwg goreng tu, rendam air garam. Biasanya akak basuh dulu bwg yg belum di hiris. Lepas tu terus goreng, dia akan segar juga jadinya. Tapi petua ni ok jg, boleh cuba.

    ReplyDelete
  2. Assalam kak, sedap tgk daging kicap berempah tu..cicah roti pun best tu. ada juga petua ckp kalau nk bg rangup bawang goreng tu di salut dgn tepung sebelum goreng.btw, tq sharing:)

    rep: majlis lunch utk semua duta hari tu buat kat residen duta Malaysia..maklumla duta saya kat sini bangsa cina..so bln tak puasa pun saya kena jugalah betugas mskx2 tu kak:)

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan mama...
    berselera pepagi bile jenguk dapur mama...sebelum nie asz cuma gaulkan dgn sesudu tepung jer tuk ranggupkan bwg...tapi kdg2 dia lemau jugak...thanks petua tue...lbh memudahkan.:))

    ReplyDelete
  4. terima kasih mamasya..mcm tau tau aje Nekcik ni tak pandai buat bawang goreng!! Nekcik memang tak pamdai..tapi anak anak Nekcik mmg suka ratah bwg goreng..kalau ada yang molek molek tu ..mmg kna sorok..ni nnti Nekcik buat ye..thanks for sharing tips yang baik nii

    ReplyDelete
  5. Assalam kak ,bulan puasa ni daging masak kicap memang laku kan nak pulak buat pekat2 oh sedapnya ,bila tengok bawang goreng akak,baru teringat bawang goreng saya pun dah habis hhehehe

    ReplyDelete
  6. salam zilah, dah lama tak ziarah.. kita bukan lupa tapi sibuk je memanjang.. haisy.. memang tak bagus betul kakmon nie kan????

    pssstttt memang sedap daging kicap berempah nie, anak2 kita pun selalu request menu nie.. two thumb up.

    p/s terima kasih kongsi tips bawang tu

    ReplyDelete
  7. terima kasih mamasya utk tips bawang goreng. nak kena cuba buat. mak sy plg tak suka beli bawang goreng kedai. katanya ada campuran plastik. wallahua'lam.

    -irma-

    ReplyDelete
  8. Salam Ramadhan...semuanya sedap2 belaka...terliur nengok..petang nie nak beli daging masak kicap la kat bazaar..nak masak tak sempat...hihi...

    Pengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

Klik Nuffnang2